♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, January 8, 2019

Bilik iron

Al-kisah bilik iron... Ada sebuah almari lama. Kecik dan pendek je. Dua pintu. Dalam almari tu aku simpan semua cadar-cadar, sarung bantal, bantal, comforter, alas meja dan banyak lagi lah.

Dah lama pakai tetiba pintu almari dah tak boleh nak slide betul. Mungkin sebab lari dari landasan. Pastu mula goyang. Hmmmm... itu tandanya masa dia sudah sampai dan nak kena ganti baru.

Hujung minggu yang lepas, kitorang pun gi Nilai 3. Cari rak mur mur je untuk letak segala mak nenek dalam almari tu. Nak yang murah, tapi kena kuat! So, enche Neezam beli rak besi ni.

Memula macam refuse nak gunakan rak macam ni sebab tak berpintu. Takut nampak tak kemas. Tapi bila dah susun elok-elok... hmmm.... ok je kan?

Patutlah almari kecik aku tu nak roboh, banyak rupanya benda aku sumbat dalam dia. Huhuhuhu...

#bilikiron #rumahneezamjulie #dbestari16

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top