♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, August 21, 2018

Daki Bukit Melawati

Enche Neezam dah mula cuti raya hari ni. Tapi aku masih kerja lagi. Maklumlah... kerja private, bukan banyak sangat cuti pun macam kerajaan kan. Kenalah budget budget cuti. So, eche Neezam jadi babysitter hari ni menguruskan anak-anak beliau. Huhuhu...

Tau tau... dapat wa dari enche Neezam... katanya bawak Niesreena dan Naufal hiking

Amboi!

Daki Bukit Melawati katanya... aku pun tak sure kat mana. Tapi enche Neezam kata kat Nilai lah... Dah berapa tahun duduk Nilai baru aku tahu kat Nilai ada bukit boleh dipanjat. Huhuhu...

Panjat... panjat dan panjat lagi!

Rupa-rupanya kat Bukit Melawati ni bukan ada Bukit Melawati jer. Ada Bukit Monyet, Bukit Ular Tedung, Bukit Nyamuk... Pelik pulak bila translate dalam bahasa Melayu... Haaaaa tapi alhamdulillah... sepanjang diorang turun naik bukit-bukit ni, tak der lah jumpa monyet ke ular ke. Nyamuk jer ada. Nasib baik dah sapu repellent sebelum mendaki tadi. Pandai!

Sampai kat puncak! Puncak bukit yang mana satu ntah ni aku pun tak sure.

Niesreena dan Naufal kata pemandangan dari atas bukit cantik sangat. Aku mesti pergi katanya. Hmmmmm... entah bila lah.... Saper nak jaga adik korang, si kecik tu??? #alasan!

Nantilah... satu hari nanti nak naik jugak... suatu hari yang entah bila... huhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top