♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, August 31, 2018

Riadah petang merdeka

Cuaca elok-elok jer petang ni. Rugi kalau duduk rumah.

Petang merdeka ni, kitorang dok riadah kat Dataran Nilai.

Dak Neeyaz ni pun excited nak main bubble. Siap masuk mulut ayaq sabon! Adoiii anak aku...

Tengok ayah dia... pun sama naik... excited main bubble...

<

Adooooiiii laki aku... huhuhu...

Bangunan besar belakang tu ialah AEON Nilai. Masih dalam pembinaan. Katanya AEON yang terbesar di Asia Tenggara uollsss. Lebih besar dari Mid Valley katanya... Hmmm... jemlah Nilai bila AEON ni bukak akhir bulan Oktober nanti.

Thursday, August 30, 2018

Ketam telur asin permintaan Niesreena

Aku ni memang pantang kalau anak sebut nak makan apa, mesti nak kena cari.

Raya haji yang lepas ke Melaka dengan famili enche Neezam. Lunch kat Pantai Klebang. Niesreena nak makan ketam goreng. Bila tanya sampai RM12 seekor. Mahallah pulak. Lagipun tak sedap pulak kalau Niesreena sorang makan ketam... orang lain sumer ambik lauk biasa-biasa jer... huhuhu...

So, aku janji dengan Niesreena untuk masak ketam telur asin untuk dia. Hari ni baru berkesempatan nak cari ketam dan masak untuk dia.

Senang jer sebenarnya nak masak resepi ni. Resepi Ketam Telur Asin kat SINI.

Enche Neezam tak makan ketam. Aku beli ikan siakap untuk dia. Nak stim. Tapi enche Neezam request lauk lain.

Hmmmmmm... iyolah... lauk favorite dia.

Letak kicap... makan dengan nasi panas-panas... memang favorite dia... huhuhu...

Thursday, August 23, 2018

Best ke hantu kak Limah?

Niesreena dah beberapa hari dah tanya, boleh tak nak gi tengok wayang citer Hantu Kak Limah. Alang-alang dah dok kat Segamat, maka carilah jugak tiket. Bila kat sini, bolehlah mintak mak dan ayah mertua tolong jagakan baby Neeyaz. Takut nak bawak... kang terkejut plak baby...

Hmmmm... best ke citer Hantu Kak Limah?

Daripada 10 bintang, aku bagi 6 jer kot. Tak lah berapa best sangat. Biasa-biasa jer.

Lawak... memang lawak. Memang ada part yang rasa macam nak gelak giler sampai meleleh ayor mata teman. Tapi aku still rasa... biasa-biasa jer dan agak cliche... Part dia tiru sikit dari Pendekar Bujang Lapuk pun rasa macam.... alaaaaaaaaaaaaaaa... sama...

Tapi korang yang belum tengok tu bolehlah gi tengok. Tak rugi pun.... Mungkin aku punya sense of lawak tu tinggi kot. Huhuhu...

Apapun... tahniah pada uncle Mamat Khalid sebab filem ni dah cecah lebih 30 juta!

Aku rasa aku lebih prefer citer Pulang. Tapi tak tau bila nak tengok.

Atau... Along with the Gods: The Last 49 Days!

Yes!

Citer ni memang in my must watch list.

Tapi... dalam list jer lah... macam boleh gi tengok... saper nak jaga baby... huhuhu...

Tuesday, August 21, 2018

Khairunns daki Bukit Melati, Nilai

Enche Neezam dah mula cuti raya hari ni. Tapi aku masih kerja lagi. Maklumlah... kerja private, bukan banyak sangat cuti pun macam kerajaan kan. Kenalah budget budget cuti. So, eche Neezam jadi babysitter hari ni menguruskan anak-anak beliau. Huhuhu...

Tau tau... dapat wa dari enche Neezam... katanya bawak Niesreena dan Naufal hiking

Amboi!

Daki Bukit Melati katanya... aku pun tak sure kat mana. Tapi enche Neezam kata kat Nilai lah... Dah berapa tahun duduk Nilai baru aku tahu kat Nilai ada bukit boleh dipanjat. Huhuhu...

Panjat... panjat dan panjat lagi!

Rupa-rupanya kat Bukit Melati ni bukan ada Bukit Melati jer. Ada Bukit Monyet, Bukit Ular Tedung, Bukit Nyamuk... Pelik pulak bila translate dalam bahasa Melayu... Haaaaa tapi alhamdulillah... sepanjang diorang turun naik bukit-bukit ni, tak der lah jumpa monyet ke ular ke. Nyamuk jer ada. Nasib baik dah sapu repellent sebelum mendaki tadi. Pandai!

Sampai kat puncak! Puncak bukit yang mana satu ntah ni aku pun tak sure.

Niesreena dan Naufal kata pemandangan dari atas bukit cantik sangat. Aku mesti pergi katanya. Hmmmmm... entah bila lah.... Saper nak jaga adik korang, si kecik tu??? #alasan!

Nantilah... satu hari nanti nak naik jugak... suatu hari yang entah bila... huhuhu...

Sunday, August 19, 2018

Riadah petang sekitar USIM & Veladrom Nasional

Cuti-cuti ni kalau duduk kat rumah memang rasa macam tak rehat. Ada jer kerja rumah nak dibuat. Rasa tak habis-habis. Huhuhu...

Petang ni enche Neezam bawak riadah kat padang USIM. Kuat angin kat sini. Niesreena kata macam kat Melbourne. Huhuhu...

Kakak ajar bukan-bukan.

Puaslah Neeyaz berjalan satu padang! Tapi kat tiang gol jugak yang dia suka main.

Haus sangatlah tu...

Lepas tu kitorang sempat singgah ke Velodrom Nasional. Kat sebelah USIM jer. Kitorang lepak kat luar jer. Bukan boleh masuk pun.

Penat bebudak ni main. Aku pun penat. Penat mengejar dak Neeyaz ni. Kejap main batu... kejap makan batu... huhuhu... Tapi ok lah... daripada duduk kat rumah. Lagi penat! Buat kerja rumah tak pernah sudah! Huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top