♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, July 15, 2018

Lepak hujung minggu @ Kinrara Resort

Hujung minggu ni nak lepak kat Kinrara.... Lepaklah sangat kan... Huhuhu... Ikut ayah gi kerja sebenarnya.

On the way ke Kinrara, boleh pulak tayar pancit. Dugaan sungguh. Ni first time aku berhenti tepi highway. Sian enche Neezam. Berpeluh-peluh ganti tayar.

Alhamdulillah... dugaan kecil dan dipermudahkan.

Sampai hotel, bilik depan pool. Macam biasa... bebudak ni memang pantang tengok pool, terus nak terjun. Yang si kecik tu pun sama. Geram jer dia tengok kakak dan abang dah masuk pool.

Petang sikit, baru bawak baby Neeyaz.

Memang puaslah bebudak ni berenang tiga hari ni.

Memang happy sangat kalau dapat mandi pool.

Tiap-tiap petang bawak baby Neeyaz jalan-jalan sementara tunggu ayah bawak baby mandi pool.

Alhamdulillah... relax rasa. Spent masa betul-betul untuk anak-anak jer. Makan semua dah tersedia. Best kan kalau tiap-tiap hari macam ni. Huhuhu...

Balik rumah... aiyoooo... dobi time!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top