♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 27, 2018

Part 3 | Cara kira panel dan frame wainscoting

السلام عليكم

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak kongsi post macam mana cara nak kira panel dan frame untuk buat wainscoting. Post kali ni adalah daripada pengalaman aku sendiri dan daripada bacaan aku di blog-blog dan youtube. Tak der dapat pendidikan formal yer. Huhuhu...

Sebelum aku teruskan, aku harap korang dah baca post-post aku berkaitan wainscoting bawah ni.

Part 1 | Nak pasang wainscoting?

Part 2 | Diy wainscoting for dummies (me!) Tips and tricks

Sepertimana yang aku cakap dalam post aku sebelum ni [Part 1], korang kena kenalpasti dinding yang mana korang nak buat wainscoting dan patern wainscoting mana yang korang nak buat. Samada nak buat full wall atau half wall jer.

So, kat sini, aku akan tunjuk macam mana aku kira untuk pattern wainscoting yang aku buat.

Sebelum kita mula kira, jom kita kenal dengan jenis-jenis bahagian wainscoting dulu ya.

Wainscoting yang aku buat ni simple jer. Cuma ada [1] chair rail [2] strip dan [3] frame. Boleh jugak kalau nak tambah skirting atau baseboard kalau nak. Tapi disebabkan rumah aku memang dah ada tile skirting, so rasanya dah tak perlu. Jimat sikit...

Aku akan ajar kira untuk half wall. Kiraan aku semuanya dalam inci (").

Sila bersiap sedia dengan kertas, pembaris, pita pengukur, kalkulator, pen dan pencil. Huhuhu...

Lepas dah tahu pattern wainscoting mana yang aku nak, aku jugak pilih jenis corak kayu pula. Siap lukis bagai tau... Lebih kurang jer lah. So, nak pergi kedai dah tahu kayu macam mana yang korang nak cari.

Ketinggian yang sesuai untuk half wall wainscoting ni ialah 40".

Kelebaran chair rail yang sesuai ialah yang lebar antara 2"-3" dan kelebaran strip yang sesuai ialah antara 1"-2".

Jarak yang sesuai antara chair rail dengan strip; dan strip dengan frame ialah 4". Begitu jugak jarak antara frame ialah 4".

Jadi untuk memudahkan kerja korang untuk pastikan gap ni elok jer 4", aku cadangkan korang dapatkan kayu yang lebar dia 4" untuk dijadikan pembaris.

(Gambar google)

Macam aku sendiri, kebetulan kat rumah ada jubin kecik-kecik yang lebar dia memang 4". So, aku gunakan jubin ni sebagai pembaris dan gap. Memang mudah dan sangat-sangat membantu!

Seterusnya, untuk kira berapa ketinggian frame jika jarak chair rail, strip dan frame ialah 4".

Ketinggian wainscoting = 40"

------------------------------------------------

Lebar chair rail = 2.5"
+ Gap = 4"
+ Lebar strip = 0.5"
+ Gap = 4"
+ Gap bawah = 4"
+ Skirting = 4"

Jumlah = 19"

------------------------------------------------

40" - 19" = 21"

------------------------------------------------

∴ ketinggian frame yang sesuai ialah 21".

------------------------------------------------

Untuk lebar frame pula.

Ukur panjang dinding.

Lebar dinding aku yang bawah ni ialah 90".

Panjang dinding = 90"

------------------------------------------------

- gap 4" = 86"

------------------------------------------------

So, kat sini, korang boleh decide berapa frame yang korang nak, samada 2, 3, 4 atau 5. Bolehlah bahagikan dengan panjang dinding yang telah ditolak 4" tu.

Aku decide untuk buat 5 frame.

------------------------------------------------

86" ÷ 5 = 17.2" - 4" (gap) = 13.2"

------------------------------------------------

∴ kelebaran frame ≈ 13"

------------------------------------------------

Jadi ukuran untuk frame yang sesuai ialah 21"(h) x 13"(w)

Dinding yang atas tu senang nak kira sebab tak der plug kat dinding. Yang jadi masalah kalau ada plug kat dinding. Kalau boleh tak naklah plug tu jadi gangguan nak letak frame. So, memang kena kira betul-betul.

Macam dinding aku satu lagi, kat bawah ni. Ada satu plug kat situ.

Alhamdulillah, nasib baik kedudukan dia kat tengah-tengah dinding. So, aku decide untuk buat 4 frame kat dinding tu dan plug tu akan terletak di antara 2 frame.

Kalau nak letak 5 frame pun boleh. Tapi plug tu akan terletak kat dalam frame. Cuma kalau nak plug tu dalam frame, kena kira jugak ketinggian kedudukan plug tu. Make sure memang betul-betul dalam frame. Kalau tak, tak pasal-pasal kena potong kayu sebab ada plug kacau kat situ.

Seriously, kalau ada banyak frame, lagi penat sebenarnya sebab lebih kerja. Kurang frame, cepat siap. Tapi kalau frame terlalu lebar, masalahnya ialah nak pastikan frame tu lurus. So, aku suggest maksimum lebar frame yang sesuai adalah sehingga 30" sahaja.

Ok... kalau korang nak buat full wall. Kiraan dia lebih kurang sama jer macam kira-kira kat atas. Pastikan gap kemas 4" dan bilangan frame kat bawah mesti sama dengan bilangan frame kat atas.

Ok?

So, rasanya tu jer kot. Kalau ada sebarang pertanyaan, bolehlah tanya. Cewah... Tapi seriously. Aku buat semua ni berdasarkan pengalaman the one and only tu jer. Huhuhu... Tapi alhamdulillah... sebelum start projek diy wainscoting aku tu, aku ada buat research dan bacaan terlebih dahulu. Tak bolehlah main redah jer kan.

Ok. Harap post kali ni bermanfaat buat korang yang diy wainscoting.

Insya Allah... kalau aku boleh buat, korang mesti boleh buat!

Tuesday, July 24, 2018

Part 2 | Diy wainscoting for dummies (me!) Tips and tricks...

السلام عليكم

Halloooooo!

Memula ingat nak up post pasal proses atau langkah-langkah pemasangan wainscoting ni pada hujung minggu depan, sebab penat memasang tak habis lagi. Tangan pun masih bengkak-bengkak lagi. Huhuhuu...

Tapi disebabkan ramai yang bertanya pasal hal ni, so, gigihlah jugak aku menyiapkan post ni.

And yes... I am sooooo excited to share the result with YOU!

Ok... sebelum korang terus membaca post ni, aku harap korang dah baca
Part 1 | Nak pasang wainscoting?

Sebab dalam post sebelum ni, aku ada ceritakan macam mana korang nak start planning buat wainscoting ni.

Manakala dalam post kali ni, aku nak ceritakan step-by-step serta tips and tricks untuk diy wainscoting ni. Semua yang aku tulis ni adalah pengalaman aku sendiri. Mungkin orang lain ada idea atau pengalaman yang berbeza. Ini pengalaman pertama aku... dan mungkin bukan yang terakhir... huhuhu...

Dalam post aku yang sebelum ni pun aku ada beritahu yang aku ada banyak mengadap, study dan hadam blog-blog dan youtube berkenaan #diywainscoting ni sebelum aku betul-betul start. So, semoga post kali ni dapat membantu dan memberi idea pada korang.

Ok!

Aku plan hari tu nak start minggu hadapan. Tapi sebab dah ada kayu depan mata, dah jadi tak sabar. Hahahahah...

So... mulanya aku ingat nak diy from scratch; nak cari kayu, potong, gosok bagi licin, coating sendiri. Tapi bila dah buat research sikit, aku ambik keputusan untuk pre-diy. Aku beli kayu dah siap potong, gosok (licinkan kayu) dan coating putih. Sebab aku rasa aku tak der banyak masa kalau nak tumpukan lama-lama untuk projek ni memandangkan Niesreena nak hadap UPSR tak lama lagi, minggu ni start trial dan aku ada baby manja yang asik nak aku dokong jer. Huhuhu...

So, aku order dari DECORECA. Tak sampai seminggu order dah dapat kayu. Alhamdulillah...

Pembekal kayu dah siap potong kayu ikut ukuran yang aku nak. Nanti aku ajar macam mana nak kira ukuran kayu dan frame dalam post akan datang pula ya. Insya Allah..

Kiraan yang tepat sangat penting, terutamanya jika dinding yang nak pasang wainscoting tu ada plug.

Selain kayu, diorang jugak sediakan manual pemasangan dan kelengkapan lain untuk tampal kayu ni. So, korang tak perlu susah payah nak cari benda lain kecuali pita pengukur dan pembaris air.

Kayu-kayu tu dah siap dilabel ikut frame. So, senanglah nak bentukkan frame.

Ada assistant yang tolong bahagikan kayu mengikut label frame.

Thanks, Naufal!

Untuk cantumkan frame ni, gunakan gam yang telah disediakan.

Letakkan sedikit sahaja supaya gam tak terkeluar dan akan menyebabkan comot. Gam ni kuat giler. Letak sikit jer memang dia akan lekat.

Tips kat sini, tampalkan semua frame menjadi bentuk L dulu. Pastikan korang tampal pasangan kayu yang betul.

Trick untuk pastikan kayu betul-betul 90 darjah, gunakanlah pembaris sesiku L.

Pastu susun kayu-kayu tu di mana-mana sudut L atau bucu rumah korang supaya frame tu tak bergerak.

Ambik masa 15-20 minit bagi pastikan gam betul-betul kering dan frame dah terlekat kuat. Kemudian bolehlah sambung bahagian frame yang lain supaya menjadi frame yang lengkap.

Biarkan frame lebih kurang setengah jam untuk pastikan frame dah betul-betul kuat bercantum. Tapi aku, sehari suntuk hari Sabtu hanya siapkan frame jer. Ahad baru tampal ke dinding dan finishing.

Bila frame dah betul-betul kuat, bolehlah tampal ke dinding.

Letakkan sedikit jer gam pada belakang kayu. Buat satu garisan halus jer sudah memadai. Kalau letak banyak sangat gam, nanti bila tampal kat dinding, gam akan terkeluar dan comot.

Gunakan pembaris air untuk pastikan kedudukan kayu betul-betul lurus. Pastikan korang tahan kayu yang ditampal tu dan jangan lepaskan sehingga gam betul-betul kering. Boleh jugak letakkan salotep bila kayu dah agak kuat tertampal.

Aku mulakan dengan memasang chair rail iaitu bahagian kayu yang paling atas. Paras ketinggian yang sesuai ialah 40". Kemudian aku letakkan gap (ruang antara kayu) 4" dan lekatkan pula strip, kayu yang halus tu. Lepas strip, gap 4" lagi. Kemudian frame pula.

Untuk gap aku gunakan batu mamar yang aku simpan. Ukuran dia 4" setiap satu. Batu ni memang membantu sangat! Aku cadangkan korang sediakan kayu ukuran 4" ni sebagai pembaris atau pengukur kalau korang nak buat wainscoting ni. Insya Allah akan lebih mudah dan kemas.

Gap antara frame juga 4".

Bila dah siap tampal semua kayu-kayu tu, korang mesti akan rasa seronok, teruja dan tak sabar nak tengok hasil akhir. Huhuhu... tapi ada halfway to go!

Seterusnya, untuk pastikan kayu betul-betul kemas terlekat pada dinding, letakkan sealant di setiap sudut kayu dan kemaskan. Sebab biasanya akan ada ruang antara kayu dan dinding. Jadi tak cantik. So, sapukan sealant pada setiap bahagian kayu... kalau rajin macam aku... huhuhu...

Nampak tak ada ruang antara kayu dan dinding tu? Buruk kan?

So... letakkan sealant macam bawah ni.

Dan kemaskan.

Tricks... aku gunakan batang ais krim untuk ratakan sealant pada kayu. Huhuhu... Kemudian lap dengan tisu sebelum sealant tu kering.

So, dapatlah hasil yang lebih kemas.

Tunggu sealant kering, then bolehlah mula mengecat mengikut warna kegemaran korang.

Bab mengecat, aku serahkan pada enche Neezam. Thank you love!

Sampai tak sempat dia nak gi jogging 2 hari ni semata-mata nak tolong siapkan dinding. Huhuhu...

Nampak tak kegigihannya kat situ.

Siap terbaring-baring cik abang tu. Hahahaha...

Salah satu bahagian atas dinding aku ni, aku cat warna baru. So, kitorang cat dulu sebelum pasang chair rail dia di bahagian bawah. In fact, aku tak berani nak pasang bahagian bawah tu lagi sebab takut warna cat menitik kena wainscoting aku. Huhuhu...

Pastikan korang letak tape disekeliling border dinding yang nak dicat tu supaya dapat hasil yang lebih kemas.

Dan hasilnya!

Yup! I'm sooooo excited to share here with all of you!

Ini sebelum...

Alhamdulillah... hasil kerja keras 2 hari... rasa nak nangis... terharu tengok hasilnya... huhuhu...

Memula ingat macam impossible jer nak diy. Pegang tukul pun jarang-jarang. Kalau ketuk paku pun tak tentu terpaku betul. Huhuhu...

Tapi alhamdulillah... puas hati...

My first hard core diy project!

Thanks husband, mostly for your support. Dan tolong cat.

Rasa berbaloi sangat.

Ada orang kata nampak hasil macam hasil professional.

Huhuhu...

Nope. Ni kerja amatur... made by me... and him...


#diy🔨 #diningarea #wainscoting #goodluckformyself💪 #done!
#bukannakmenunjuk #supayamenjadisumberinspirasi #youcandoit💪🏻

"A dream doesn't become reality through magic;
it takes sweat, determination and hard work"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top