♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, June 20, 2018

Day 2 | Cherating memang best!

Aku biasanya book hotel, memang jarang ambik dengan breakfast. Sebab utamanya ialah sebab kitorang suka cari makan tempatan. Haaaa... kalau dah sampai pantai timur ni, lagi sedap makanan diorang. Pagi-pagi lagi dah boleh cari bermacam jenis nasi.

Pagi ni, niat nak cari kerabu, tapi tak jumpa sebab salah arah jalan. Tapi jumpa nasi minyak. Breakfast nasi minyak weh! Tak pernah aku buat! First time!!! Huhuhu...

Memang sedap giler!

Tapi misi kitorang nak breakfast nasi dagang. So, esok mesti kena cari gak nasi dagang.

Aktiviti sepanjang hari ni, of course, hanya di area pool dan pantai jer lah... berendam jer lah bebudak ni. Pukul 12 sampai 2 petang, memang Niesreena dan Naufal jer lah yang conquer pool. Sukati koranglah anak-anak... asalkan korang bahagia.

Cuaca hari ni sama macam semalam. Cantik sangat. Tak panas, windy... memang best!

Enche Neezam sempat tanda kertas lagi. Kertas peperiksaan menimbun! Huhuhu... Tak dapek nak nolong....

Nampak tak stress kat situ? Huhuhu...

Petang tu kitorang pekena Yong Tau Foo. Sos yong tau foo dia serius sedap! Harga pun berpatutan. Korang kalau dah sampai sini mesti kena cuba Cik Ely Yong Tau Foo ni.

Petang tu, kitorang sempat ke kandang arnab milik hotel. Ada banyak arnab kat sini. Comel sangat!

Pastu, kitorang sambung lepak kat tepi pantai. Ingat nak makan angin jer. Tapi... hmmmm... bebudak ni mana boleh setakat makan angin jer. Semua dah meluru ke gigi air. Termasuklah si kenit tu. Terkedek-kedek jer nak gi ke air. Memang menurun perangai kakak dan abang dia. Hantu air!

Malam ni masing-masing tidur awal. Semua penat giler main air. Aku tengok kulit memasing dah mula gelap. Aiyoooo... mama lupa nak pakaikan korang sun block.

😓

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top