♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, April 29, 2018

Cat repellent dari Daiso... berkesan ke idok?

Kawasan kejiranan aku ni memang ramai yang rajin bela kucing. Jiran belakang rumah dan jiran belakang rumah sebelah pun ada bela beberapa ekor kucing. Beberapa ekor tau! Bukan sekor dua. Comel-comel kucing dan bersih jer.

Sesekali aku sidai kain kat belakang, tetiba tengok ada beberapa ekor kucing tengah memerhati aku sidai kain. Dah macam mandur! Huhuhu...

Tapi yang tak bestnya... orang lain yang bela kucing, rumah orang lain pulak jadi port melepas dia.

Kat rumput kitorang yang gebu gebas dan menghijau tu, tetiba ada beberapa port t💩💩k kucing. Seriously and honestly memang rasa frust dan marah sangat! Bukan sekali dua, tapi berkali-kali-kali-kali! Bila buang dan bersihkan... tengok esok ada lagi! Memang betul orang kata, kucing kalau sekali dia dah membuang kat tempat tu, dia akan datang lagi dan lagi kat tempat yang sama. Setia sungguh! Haaiiissshhhh...

Yang kitorang yakin sangat, kucing-kucing kat sini semua bertuan. Bukan stray cats. Sebab mostly kucing-kucing ni ada pakai rantai leher.

Bila aku suarakan dalam group whatsapp, tuan-tuan kucing buat acuh tak acuh jer. Sorang pun tak der minta maaf. Aku cadangkan supaya diorang sediakan potty yang pasir tu. Ajarlah kucing. Tapi kitorang pulak kena perli bagai. Cakap kucing tak reti membacalah... Adoiii...

Mak mertua aku pun ada bela kucing. Tapi elok jer kucing dia pandai membuang dalam potty dia. Korang tu pandai bela kucing, ajar malas!

Pastu perli suruh kitorang letak papan tanda 'Kucing dilarang membuang kat sini'! Aaaiiikkk... Agak-agaklah... Kok ye pun... takkan kitorang pulak disuruh ambik langkah preventive. Korang?

Sebab tu aku tak hairan kalau ada kes jiran racun kucing. Sebab kes-kes macam ni lah.

Tapi aku tak tergamaklah sampai nak racun. Giler!

Aku pun suka kucing. Bukan benci kucing pun. Cuma bila jadi macam ni, of course rasa marah lah. Berak dalam laman aku, atas rumput karpet aku. Anak-anak nak main bola pun dah geli.

Paling sakit hati minggu lepas, sampai 5 spot atas rumput. Adoiiii... sakit hati sangat!

Hari tu gi Daiso, terjumpa cat repellent! Adakah ini penyelamatnya???

So, harga dia standard harga Daiso RM5.30 sebungkus, kalau tak salah aku. Dalam dia ada 5 pek serbuk 20gm.

Of course sebelum aku beli, aku bacalah dulu macam mana benda ni berfungsi. Aku tak nak lah benda ni meracun kucing. Tak mahulah sampai kucing mati kan. Tak tergamak den. Aku cuma nak kucing tak membuang kat laman aku jer.

So, bila dah baca, tengok fungsi dia melalui bau yang kucing tak suka. Just tabur kat kawasan yang sepatutnya dan ia akan mengeluarkan bau yang kucing tak suka tapi kita tak bau. Boleh bertahan selama 30 hari.

Alhamdulillah... setakat ni, dah 2 minggu, memang tak der tanda-tanda t💩💩k kucing lagi dah! Happy sangat!

So, korang, yang ada masalah macam aku... cubalah cari bendalah ni kat Daiso.

Panjang pulak post aku kali ni kan... sempat luahkan perasaan. Huhuhu... Rasa lega sikit.

Semoga bermanfaat!

Friday, April 27, 2018

Happy birthday my handsome boy, Khairunnaufal!

Happy birthday my baby, Khairunnaufal.

I hope you like the present. The only things that you are always wanted but never get.

Mama memang ban bendalah ni sebab Naufal dah ada banyak pistol nerf dan geram tengok bullet bersepah-sepah. Tapi kali ni mama boleh bagi Naufal blaster ni pula!!! Mama memang dah hilang akal! Huhu...<

Neeyaz tengok jer lah yer sayang. Nak main tak pandai lagi. Semua dok masuk mulut jer.

Mama harap Naufal enjoy the present and your birthday. Mama loves you so much. You are always be my baby...

#khairunnaufal #9thbirthday
#kalaubulletbersepahnantimamajadihulk
#kalaubulletbersepahnantimamakenabebeldenganayah😓

Monday, April 23, 2018

Usim Top 100 Researchers

Congrats, Love! So proud of you...

#drkhairunneezammohdnoor

Sunday, April 15, 2018

Bayang-bayang mama

Dak sorang ni... bayang-bayang mama yang paling comel.

Pantang nampak mama mesti nak ikut. Eh... bukan setakat kalau nampak aku jer nak ikut tapi kalau dengar suara aku pun dia dah jerit-jerit nak cari aku.

Setiap hari, baby Neeyaz akan sampai rumah selepas aku sampai rumah. Memang baby Neeyaz balik lambat dengan enche Neezam. Sempatlah aku masak dulu.

Baby Neeyaz, kalau dah sampai rumah mesti cari aku. Tengok muka dia... Ya Allah! Memang bersinar-sinar mata dia bila nampak kelibat aku. Huhuhu...

Nampak tak... tak sabar nak sampai kat mama dia. Kalau boleh nak terus terbang.

Haaa... bila dah dapat mama dia... memang dia tak lepas lah! Menepek jer lah sampailah dia tidur. Huhuhu... Sebab tu aku kata... dialah bayang-bayang aku....

Sebab tu lah jugak, setiap hari, tepat pukul 5 petang, aku kena tinggalkan office. Sign out kat opis, sign in kat rumah plak. Cepat-cepat masak dan mandi sebelum baby Neeyaz balik. Sebab kalau dia dah balik, memang dia tak nak lepas aku dah. Nak buat apa pun tak boleh. Baby Neeyaz suka tengok aku melengkar jer macam ular sawa. Baring-baring melayan dia. Pastu dokong.

Waktu aku solat, pun dia pun nak solat atas sejadah aku. Huhuhu...

Apa jer lah baby... Mama redho... Mama suka... Mama sayang Neeyaz sesangat!

Monday, April 9, 2018

Al-Quran beri panduan atasi tekanan

Artikel enche Neezam hari ni Harian Metro sisipan Minda.

Untuk artikel penuh, boleh ke link bawah:-
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180409/281861529076889

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Sunday, April 8, 2018

Akal baru... bubble dengan ayaq liuq.... euuuwwww...

Adoiii dak comel ni dapat akal baru!

Eeeuuuuwwwww Neeyaz. Mana dapat idea ni?

Habis dah sememeh muka.

Penuh ayaq liuq!

Tapi tetap comel buah hati mama ni.

Panjang akal naaaa....

Saturday, April 7, 2018

Jom alas laci dengan Variera

Beli bendalah ni dah lama. Tapi tak sempat-sempat nak letakkan dalam kabinet.

Tau tak apa benda ni?

Benda ni digunakan untuk alas dalam kabinet supaya kabinet tak kotor. Aku beli kat Ikea. Tak ingat harga dia sebab dah berbulan dah beli tapi tak sempat-sempat nak buat.

So, hujung minggu ni, ambil masa dan paksa diri jugak untuk alaskan bawah kabinet ni sebab... dah sakit mata!

Takut lama-lama jadi sakit hati plak! Takut kesan kotoran tu tak boleh hilang atau tinggalkan kesan.

Huhuhu...

So, memula kita kosongkan kabinet dahulu.

Dan bersihkan kesan kotoran.

Alhamdulillah... nasib baik buleh hilang lagi.

Kemudian ukur dan potong ikut ukuran laci dan letakkan sebagai alas.

Dan kemudian bolehlah susun semula cawan-cawan atau pinggan mangkuk dalam laci tu semula.

Tara!!! Dah siap.

Selamatlah kabinet aku.

Dah buat kabinet elok-elok... mestilah jaga elok-elok kan.

So, 2 gulung variera, bolehlahh cover 6 buah laci kabinet aku ni. Nampak gayanya kena gi Ikea dan beli lagi.

Yey! Job well done!

Friday, April 6, 2018

Baby Neeyaz dah 11 bulan

Ya Allah... cepatnya masa berlalu.

Dah 11 bulan dah baby Neeyaz.

Alhamdulillah...

Baby Neeyaz seorang baby yang ceria. Pemurah senyuman dan happy jer. Senang nak jaga.

Muka mengantuk. Huhuhu...

Nak tidur pun senang. Naik atas katil. Tutup lampu. Golek-golek jap... pastu terus baby Neeyaz tertidur.

Kegemaran baby Neeyaz... mandi!

Tak kiralah dalam tab mandi...

ataupun kat pool!

Memang suka sangat main air.

Dan suka sangat... 'mengemas'!

Adoiii... part ni memang aku kena bertegas dengan dia. Selalu gak marah dan larang. Harap-harap lama-lama baby Neeyaz faham... jangan buat sepah dan tak buat main benda bukan mainan.

Huhuhu...


Buah hati mama, ayah, kakak dan abang.

We love you so much, sayang.

Sunday, April 1, 2018

Dah lama tak layan...

Dah lama tak layan permintaan anak-anak naik bendalah ni. Apa nama ntah. Masukkan duit pastu gerak. Niesreena beria nak suruh baby Neeyaz naik.

Nak pulak dia dok diam-diam.

Abang Naufal pun sibuk nak tumpang sekaki.

Niesreena pun sama!

Hahahaha... malu... dah besar...

Ini pulak gelagat baby Neeyaz bila dapat cermin mata hitam.

Love sangat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top