♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 18, 2018

Walimah belah Segamat #nazrinezzaeverafter

Alhamdulillah... Malam kelmarin selamat buat kenduri doa selamat sedikit sebelum berlangsungnya walimatulurus adik enche Neezam semalam.

Sambil-sambil tu ambil kesempatan buat majlis potong jambul untuk baby Neeyaz. Tak rancang pun. Tetiba ayah masukkan dalam agenda. Alhamdulillah, sempat jugaklah sediakan keperluan apa yang patut serta sedikit buah tangan.

Cucu-cucu cikgu Hj Mohd Noor & cikgu Hjh Zaliha rasmikan pelamin dulu yer...

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Hari yang busy, penat tetapi menyeronokkan.

Alhamdulillah... dapat jugak jumpa kawan lama masa kat Melbourne dulu. Maintain jer macam dulu kak Hada.

Enche Neezamlah seronok... dapat jumpa ramai kengkawan lama dan guru-guru yang pernah mengajarnya dulu. Hmmm... gelpren-gelpren lama...

Of course, my family pun datang memeriah majlis. Love you all!

Alhamdulillah... selesai sudah majlis. Semuanya berjalan lancar dan meriah. Cuaca pun cantik jer semalam.

Tahniah buat kedua mempelai Nazrin dan Ezza. Selamat pengantin baru dan semoga hidup bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. Dapat baby ramai dan comel-comel. Semoga keluarga ni semakin membesar dan meriah!

To Ezza, welcome to the family.
This family is full of love, laugh, understanding and supportive. Consider yourself as lucky as me! Hahaha..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top