♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 11, 2018

Naufal Johan 100m @ Hari Sukan Sekolah

Hari ni kitorang berkesempatan ke sekolah Niesreena dan Naufal.

Naufal join 2 pertandingan balapan hari ni - 100m dan 4x100m.

Membara-bara Naufal nak ke sekolah pagi tadi. Nak jadi juara katanya. Nak tebus balik kekalahan tahun lepas; dapat nombor 4 sebab kasut tercabut.

Pagi-pagi lagi kitorang dah sampai sekolah. Ramai betul murid-murid yang terlibat dan jugak ibu bapa dan keluarga yang datang memberikan sokongan. Meriah betul!

Niesreena tak join apa-apa acara sukan. Sempat sampai peringkat saringan jer. Huhuhu... Niesreena jadi QM jer hari ni. Bekerjalah ekau sekueknyo yo...

Bila acara 100m bermula, berdebar-debar tengok Naufal di garisan permulaan. Bila hon dibunyikan, nampak laju Naufal lari meninggalkan kengkawan dia yang lain. Baru perasan Naufal lari berkaki ayam. Hmmmm... takut kasut tercabut lagilah tu.

Alhamdulillah... berbaloi lari berkaki ayam... Naufal dapat nombor satu kali ni!

Akhirnya... dapat jugak tebus kekalahan akibat kasut tercabut tahun lepas. Huhuhu... Alhamdulillah... terima kasih ya Allah...

Dan untuk acara 4x100m, Naufal dan kengkawannya mendapat tempat ketiga.

Alhamdulillah... tahniah semua!

Enche Neezam pun berkesempatan join untuk acara ibubapa berkumpulan. Dapatlah jugak bawak balik hadiah. Huhuhu...

Baby Neeyaz pun good boy sangat. Dari pagi hingga tengahari tetap baik jer, good mood jer sama-sama menyokong abang Naufal. Tak meragam langsung walaupun cuaca panas. Siap ada orang tegur, "baiknya adik ni... dari tadi tak meragam pun..." (^-^) Alhamdulillah... baby Neeyaz memang good boy!

Kitorang sempat jugak tengok acara tarik tali. Memang gamat dan sengit betul. Seronok tengok abang-abang sado tarik tali. Of course kitorang sokong rumah merah sebab Niesreena dan Naufal dua-dua rumah merah.

Akhirnya, rumah merah berjaya mendapat tempat kedua pertandingan tarik tali. Serious... sengit betul!

At the end... rumah merah... rumah Laksamana dinobatkan sebagai Naib Johan keseluruhan. Ok lah tu!

Naufal memang seronok sepanjang hari ni. Enche Neezam pun sama. Seronok betul. Mulalah dia bukak cerita balik... kenangan masa sekolah bila enche Neezam dinobatkan sebagai olahragawan sekolah.

Huhuhu...

Tahniah Naufal. Mama dan ayah bangga dengan Naufal. Tahun depan buat lebih baik k.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top