♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, February 7, 2018

Baby Neeyaz 9 bulan

Alhamdulillah... baby Neeyaz dah menginjak ke 9 bulan. Rasa sekejap je masa berlalu.

Banyak dah progress baby Neeyaz. Orang kata... banyak akal dah!

Merangkak memang laju. Kalau duduk dalam walker pun laju jer berjalan. Ni kalau dah dapat kaki nanti tak tau lah... mesti kurus mama dok kejar dia. Hahaha... bertuah!

Kalau gi kedai makan, mesti bawak sekali makanan dia. Sebab baby Neeyaz memang suka makan. Pantang tengok orang makan, dia mesti nak mintak. Seriously... mintak! Memang baby Neeyaz panggil dan tengok makanan. Memang kelakar! Huhuhu... Cuma tak terambil video jer.

Baby Neeyaz memang budak baik. Ceria jer selalu. Alhamdulillah... senang sangat jaga Neeyaz walaupun terlajak manja.

The best part... Neeyaz kalau pagi, susah bangun tidur. Mahu ambik 5 ke 10 minit kalau nak kejut baby Neeyaz bangun. Kekadang kesian tengok dia. Pagi-pagi buta lagi dah nak kena bangun tidur. Tidur pun tak puas lagi.

Kalau nak kejut baby Neeyaz, macam-macam buat - panggil-panggil nama, bising-bising, sembur perut, geletek kaki, geletek badan, goyang-goyang badan, dukung, letak atas mat, macam-macamlah... akhirnya terpaksa sapu air sikit kat muka... baru dia celik mata.

Kesian anak mama... awal-awal lagi dah nak kena bangun, mandi dan bersiap-siap ke taska. Sebelum pukul 7 pagi dah keluar rumah... Kalau boleh nak biar je baby Neeyaz tidur puas-puas.

Tapi alhamdulillah, walaupun nampak ngantuk, baby Neeyaz selalunya ceria je pagi-pagi.

Paling dia enjoy waktu mandi.

Semoga rutin bangun pagi menjadi kebiasaan untuk baby Neeyaz... macam abang dan kakak dia jugak...

Cuma Neeyaz ni... liatnya nak bangun... sampai mama rasa nak join dia tidur plak. Huhuhu...

Tengok Niesreena dan Naufal masa usia 9 bulan. Obviously baby Neeyaz ikut muka xxxxx...

Niesreena 9 bulan

Naufal 9 bulan

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top