♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, February 28, 2018

Bila emak salah tingkap...

Be like...

Monday, February 26, 2018

You will be missed...

Thank you for being a very good companion. I love you so much. It is just a good time to let you go. I will always pray that you will get a very best and loving new owner.

You will be missed.

😭

#myvipink #limitededition #sevenyearstogether
#myfirstcar

Thursday, February 22, 2018

Memartabat Pelancongan Perubatan

Artikel enche Neezam dalam akhbar Harian Metro sisipan Minda hari ni.

Untuk artikel penuh, bolehlah ke link bawah ni:-
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180222/283652530347652

Selamat membaca dan semoga bermanfaat!

Tuesday, February 20, 2018

My Khairunns, My Sweetheart

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah

Jadikan kami hamba-Mu yang soleh dan solehah
Kurnikan kami pasangan yang soleh dan solehah
Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah

Bahagikanlah kehidupan keluarga kami di dunia dan akhirat
Limpahkan keluarga kami dengan nur iman, taufiq dan hidayah Mu
Kurniakan kami keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah
Lindungi dan jauhilah keluarga ami dari azab api neraka

آمين يا رب العالمين

My sayang-sayang... my Khairunns...

Monday, February 19, 2018

Niesreena tampal gigi

Hari ni aku masih bercuti lagi. Company memang bagi 2 hari cuti bonus sempena CNY. So, hari ni berkesempatan bawak Niesreena gi tampal gigi.

Macam biasa, kalau ada apa-apa masalah gigi, aku suka ke Klinik Pergigian Syifa di Nilai ni. Aku rasa doktor dia bagus dan harganya berpatutan. Kliniknya pun bersih dan selesa.

Ni first time Niesreena tampal gigi. Dah berhari-hari mengadu sakit gigi. Aku perasan tengok ada lubang kat geraham dia.

Aku dulu masa sekolah takut nak kena tampal gigi. Entah kenapa... Bukannya sakit pun. Cuma rasa seram. Hahahhaa...

Niesreena kata dia tak takut jumpa doktor gigi dan tak paham kenapa kengkawan kat sekolah takut sangat bila doktor gigi datang sekolah.

Tapi bila dah kena tampal gigi... siap bius bagai... Niesreena kata, barulah Reena tahu kenapa orang takut jumpa doktor gigi. Huhuhu...

Sunday, February 18, 2018

Walimah belah Segamat #nazrinezzaeverafter

Alhamdulillah... Malam kelmarin selamat buat kenduri doa selamat sedikit sebelum berlangsungnya walimatulurus adik enche Neezam semalam.

Sambil-sambil tu ambil kesempatan buat majlis potong jambul untuk baby Neeyaz. Tak rancang pun. Tetiba ayah masukkan dalam agenda. Alhamdulillah, sempat jugaklah sediakan keperluan apa yang patut serta sedikit buah tangan.

Cucu-cucu cikgu Hj Mohd Noor & cikgu Hjh Zaliha rasmikan pelamin dulu yer...

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Hari yang busy, penat tetapi menyeronokkan.

Alhamdulillah... dapat jugak jumpa kawan lama masa kat Melbourne dulu. Maintain jer macam dulu kak Hada.

Enche Neezamlah seronok... dapat jumpa ramai kengkawan lama dan guru-guru yang pernah mengajarnya dulu. Hmmm... gelpren-gelpren lama...

Of course, my family pun datang memeriah majlis. Love you all!

Alhamdulillah... selesai sudah majlis. Semuanya berjalan lancar dan meriah. Cuaca pun cantik jer semalam.

Tahniah buat kedua mempelai Nazrin dan Ezza. Selamat pengantin baru dan semoga hidup bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. Dapat baby ramai dan comel-comel. Semoga keluarga ni semakin membesar dan meriah!

To Ezza, welcome to the family.
This family is full of love, laugh, understanding and supportive. Consider yourself as lucky as me! Hahaha..

Saturday, February 17, 2018

Nap time

Rutin baby Neeyaz, siang Neeyaz akan tidur beberapa kali. Cumanya... tidur dia memang sekejap-sekejap sangat. Kadang tu, tak sempat nak buat kerja apa, dia dah bangun.

Tips untuk baby Neeyaz tidur lama sikit waktu sian ialah tidur sekali dengan dia. Waktu baby dah gerak-gerak macam nak bangun tu, tepuk-tepuklah dia... nanti dia tidur baliklah... Masalahnya... kalau aku dah sama-sama tidur, tak boleh buat kerjalah gamaknya.

Budak manja ni. Tak bolehlah tidur sorang-sorang. Mesti nak berpeluk.

Dan kalau nak tidurkan dia... senang je... Bagi susu atas riba, then goyang-goyang sikit. Tidurlah dia... Tapi kalau baby Neeyaz dah kenyang, kenalah tepuk-tepuk sikit, sambil tangan dia aktif 'menjelajah'! Macam video bawah ni!

Huhuhu...

Habis semua dia nak korek.

Sukatilah nak... asalkan tidur...

Tuesday, February 13, 2018

Kemudahan OKU sering 'dirompak'

السلام عليكم

Artikel enche Neezam hari ni akhbar Harian Metro sisipan minda. Artikel kali ni menyentuh tentang menyantuni hak-hak OKU.

Untuk bacaan dan artikel penuh, bolehlah klik di link bawah ni.
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180213/281883003803647

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Monday, February 12, 2018

Hasil keras tangan Niesreena

Lukisan dan idea asal Niesreena...

Hmmmmm asyik dengan komik dan novel, ni lah antara hasilnya...

Seriously... aku rasa kagum jugak.

Keep up a good job, Niesreena!

Sunday, February 11, 2018

Naufal Johan 100m @ Hari Sukan Sekolah

Hari ni kitorang berkesempatan ke sekolah Niesreena dan Naufal.

Naufal join 2 pertandingan balapan hari ni - 100m dan 4x100m.

Membara-bara Naufal nak ke sekolah pagi tadi. Nak jadi juara katanya. Nak tebus balik kekalahan tahun lepas; dapat nombor 4 sebab kasut tercabut.

Pagi-pagi lagi kitorang dah sampai sekolah. Ramai betul murid-murid yang terlibat dan jugak ibu bapa dan keluarga yang datang memberikan sokongan. Meriah betul!

Niesreena tak join apa-apa acara sukan. Sempat sampai peringkat saringan jer. Huhuhu... Niesreena jadi QM jer hari ni. Bekerjalah ekau sekueknyo yo...

Bila acara 100m bermula, berdebar-debar tengok Naufal di garisan permulaan. Bila hon dibunyikan, nampak laju Naufal lari meninggalkan kengkawan dia yang lain. Baru perasan Naufal lari berkaki ayam. Hmmmm... takut kasut tercabut lagilah tu.

Alhamdulillah... berbaloi lari berkaki ayam... Naufal dapat nombor satu kali ni!

Akhirnya... dapat jugak tebus kekalahan akibat kasut tercabut tahun lepas. Huhuhu... Alhamdulillah... terima kasih ya Allah...

Dan untuk acara 4x100m, Naufal dan kengkawannya mendapat tempat ketiga.

Alhamdulillah... tahniah semua!

Enche Neezam pun berkesempatan join untuk acara ibubapa berkumpulan. Dapatlah jugak bawak balik hadiah. Huhuhu...

Baby Neeyaz pun good boy sangat. Dari pagi hingga tengahari tetap baik jer, good mood jer sama-sama menyokong abang Naufal. Tak meragam langsung walaupun cuaca panas. Siap ada orang tegur, "baiknya adik ni... dari tadi tak meragam pun..." (^-^) Alhamdulillah... baby Neeyaz memang good boy!

Kitorang sempat jugak tengok acara tarik tali. Memang gamat dan sengit betul. Seronok tengok abang-abang sado tarik tali. Of course kitorang sokong rumah merah sebab Niesreena dan Naufal dua-dua rumah merah.

Akhirnya, rumah merah berjaya mendapat tempat kedua pertandingan tarik tali. Serious... sengit betul!

At the end... rumah merah... rumah Laksamana dinobatkan sebagai Naib Johan keseluruhan. Ok lah tu!

Naufal memang seronok sepanjang hari ni. Enche Neezam pun sama. Seronok betul. Mulalah dia bukak cerita balik... kenangan masa sekolah bila enche Neezam dinobatkan sebagai olahragawan sekolah.

Huhuhu...

Tahniah Naufal. Mama dan ayah bangga dengan Naufal. Tahun depan buat lebih baik k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top