♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, December 13, 2017

Suntikan vaksin Pneumococcal - 1st dose

Setelah berbulan-bulan menunggu vaksin ni, akhirnya pagi tadi staf klinik Masya call bagitau stok vaksin Pneumococcal dah sampai kat klinik. Terus jer aku comformkan dan set appointment malam ni jugak.

Alhamdulillah... nasib baik booking dulu sebab klinik dapat 2 botol jer vaksin Pneumococcal ni.

So, tadi cucuk baby Neeyaz... Macam biasa... menjerit dan nangislah dia.

Muka dari putih...

.

.

.

.

.

... terus jadi merah!

Huhuhu... Sian anak mama...

Sekejap jer baby Neeyaz nangis.

Tapi lepas tu, senyum pun tak nak. Padahal sebelum tu, tak sempat kitorang nak mengangah lagi dah tergelak-gelak.

😅

Anak mama kuat lah!

Kitorang dapatkan vaksin Pneumococcal ni kat Klinik Masya, Sepang. Alhamdulillah... dapat harga agak murahlah, RM206 sekali cucuk.

Sebelum ni ada tanya-tanya kat klinik lain, semuanya RM250.

Vaksin Pneumococcal kena dapatkan 3 dos. Dos seterusnya should be in another 3-4 months. So, aku dah booking terus kat klinik Masya. Tapi diorang tak janji boleh dapat sebab katanya stok susah nak dapat.

Hmmm... harap-harap ada lah rezeki baby Neeyaz.

Untuk pengetahuan korang, vaksin Pneumococcal memang tak disediakan di klinik-klinik kerajaan. So, kena cari kat klinik private. Suntikan ni boleh diambil oleh baby seawal usia 6 minggu dan disyorkan lengkapkan semua 3 dos sebelum berusia setahun. Ni doktor yang bagitau tau.

Kenapa penting untuk dapatkan vasin penumococcal ni?

Of course untuk elakkan daripada penyakit Pneumococcal iaitu sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria 'streptococcis pneumonias' atau pneumokokus yang boleh menyebabkan 4 penyakit berbahaya, iaitu:-

(1) Meningitis (jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang)
(2) Bakterimia (jangkitan darah)
(3) Pneumonia (jangkitan paru-paru)
(4) Otitis media (jangkitan telinga)

Aku ada kawan yang anaknya pernah kena meningitis. Anak dia berusia 2 tahun lebih. Memang takut bila dengar dia cerita detik-detik cemas anak dia. Lebih-lebih lagi bila anak tu tak sedarkan diri. Masuk ICU lama.

Memang kawan aku tu ingat dah macam dah tak der dah anak dia.

Tapi alhamdulillah... sekarang anak tu dah bertambah baik. Kawan aku tu memang syorkan ambil vaksin Pneumococcal ni. Anak dia hari tu tak sempat ambil lagi vaksin ni.

Apapun semua atas kuasa dan kehendak Allah swt, tapi kiter pun kena usaha untuk dapatkan yang terbaik.

Betul tak?

No comments :

back to top