♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, September 7, 2017

Urusniaga ASNB kini tanpa buku

Sejak bulan Julai yang lepas, urusan ASNB dah tak pakai buku dah. Semua urusan simpan duit boleh dibuat secara online dan untuk keluarkan duit boleh pakai IC jer tanpa perlu bawa buku. Dan ye... selain IC sila pastikan anda membawa sekali ibu jari kiri anda kalau nak keluarkan duit ya.

Aku baru tahu beberapa hari lepas, masa berurusan untuk ASB kat Pejabat Pos.

Dan yang paling best, kalau nak masuk duit kat dalam akaun ASB dah tak perlu nak tunggu lama-lama dah kat bank atau pejabat pos tapi boleh terus buat online jer!

Senang sangat!

Aku suka!

Mungkin ada sesetengah orang suka pakai buku... aku pun hari tu fikir tak pakai buku macam tak confident jer. Ye lah... bila masuk duit tapi tengok amaun dalam buku tak update. Seramnya!

Tapi bila dah online, akan rasa confident balik. Huhuhu...

Untuk semak akaun ASNB, boleh ke laman web ASNB kat
https://www.myasnb.com.my/

Pastu bolehlah mula mendaftar dengan menggunakan nombor kad pengenalan korang.

Tapi, peringatan penting, sebelum korang daftar online, korang kena gi mana-mana cawangan agen ASNB untuk daftarkan nombor handphone korang dulu. Sebab nanti waktu daftar online ni, dia akan mintak pengesahan melalui TAC number yang diorang akan hantar melalui mesej handphone. Barulah boleh online.

Korang boleh daftarkan nombor handphone kat cawangan agen ASNB termasuklah pejabat pos.

Korang jugak boleh dapatkan sekali nombor ahli yang baru sebab nombor ahli semua dah bertukar.

Kat laman web myasnb ni, korang boleh tengok detail korang, buat pelaburan tambahan secara online, semak baki, dapatkan penyata dan tengok senarai urusniaga.

Seriusly aku suka sebab senang sangat nak masuk duit. Bila-bila masa pun boleh!

Sebelum ni bila nak simpan duit dalam ASB rasa macam payah jer nak gi bank atau pos office, nak kena beratur panjang-panjang. Simpan dulu duit kat tangan atau dalam bank, konon nak masuk kemudian. Tapi tetiba terguna plak duit tu. Huhuhu... Sadis! So, sama-samalah kiter menyimpan yer.

No comments :

back to top