♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, September 9, 2017

Family BBQ

Petang ni lepaskan hajat mak nak berbbq sekeluarga kat rumah.

Alhamdulillah... semua adik-beradik dapat berkumpul kat rumah aku. Cuma sayang, sorang adik ipar tak dapat join memandangkan dia bertugas kat KK.

Macam-macam mak bawak dari KL. Siap ada cendol sagu rumbia yang mak buat sendiri. Sedap giler!

Dan enche Neezam sempat jugak buat bubur merah bubur putih. Sedap baq hang. Emak abah pun puji. Abah siap kagum enche Neezam dapat buat bubur merah bubur putih tu sebab tak sangka ada generasi kitorang yang masih reti makan apatah lagi buat bubur tu.

Huhuhu... aku pun kagum... tak sangka sedap pulak enche Neezam buat. Jadi pulak tu, walaupun dia buat untuk kali pertama.

Lepas maghrib, kitorang start berbbq, piknik depan rumah jer.

Macam-macam ada... ayam, kambing, ikan, sotong dan udang.

Alhamdulillah... rezeki...

Yang paling best, mak abah sumer kata kambing marinate sedap. Diorang ingatkan aku beli kambing dah siap marinated. Ehhhh... sorry... Itu Julie marinate sendiri. Mestilah sedap. Heheehhehe...

Actually, resepi ni aku dapat dari blog Azlita Masam Manis. Memang sedap. Kalau korang nak try, boleh klik resepi kat post bawah ni:-

http://juliescookingwithluv.blogspot.my/2016/08/lamb-chop-perapan-istimewa.html

Seronok dapat berkumpul.

Insya Allah... ada rezeki nanti kiter berbbq lagi. Mungkin cari lokasi best sikit. Tepi pantai ke kan.

Love you all so much!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top