♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, September 4, 2017

Eche Neezam @ 'Suara Kita Hak Kita' TV1

Beberapa minggu lepas enche Neezam dapat panggilan dari RTM. Enche Neezam dijemput menjadi panel untuk rancangan 'Suara Kita Hak Kita' yang akan bersiaran secara langsung di TV1 dengan membawa isu vandalisme.

Of course... enche Neezam menerima undangan tersebut.

Dan hari ini, enche Neezam bersiaran secara langsung sebagai panel dengan tajuk 'Fasiliti kelas pertama, metaliti...?'

Ini kali kedua enche Neezam menjadi panel program bual bicara. Tiga tahun lepas enche Neezam di Assalamualaikum Tv Alhijrah bersempena dengan hari buruh. Semoga lepas ni ada jemputan lain lagi dan lagi.

Jam 6 petang tadi enche Neezam dah gerak ke Angkasapuri. Ingat nak temankan enche Neezam ke sana. Tapi tak der saper pulak nak jaga Khairunn-khairunn aku kat rumah. So, kitorang tunggu depan tv jer lah.

Rancangan 'Suara Kita, Hak Kita' ni bersiaran kat TV1 jam 9.30 malam, secara langsung. Jam 9 malam Niesreena dan Naufal dah standby depan tv. Yang kelakarnya, Niesreena kata "Reena pulak yang rasa nervous". Hehehe...

Alhamdulillah... enche Neezam nampak relax jer. Tak lah nampak nervous sangat. I could say he did it perfectly! Tahniah enche Neezam!

Honestly, enche Neezam pun seronok dan teruja dengan pengalaman yang diberikan. Semoga peluang ini dapat menjadi platform untuk enche Neezam melebarkan lagi sayap dalam kerjayanya dan hidupnya.

Ameen ya rab!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top