♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, September 6, 2017

Baby Neeyaz dah 4 bulan

Alhamdulillah... dak comel ni dah 4 bulan.

Semakin banyak perkembangan baby Neeyaz sekarang. Antaranya, dah pandai meniarap.

Kepala baby Neeyaz dah semakin tegap dan kuat sekarang. So, bila baby Neeyaz meniarap, dah boleh angkat kepala dengan masa yang lama dan kalau dokong baby Neeyaz, kepala dia sebuklah nak tengok keliling - berpusing-pusing. Huhuhu...

Yang paling tak tahannya bila nak pakaikan baju.

Cepat jer baby Neeyaz berpusing. Aiyooooo...

Selalu sangat berpusing nak meniarap sampai penat. Kelakar tengok aksi baby Neeyaz ni.

Baby Neeyaz jugak pemurah senyuman. Suka sangat tersenyum. Agah sikit pun senyum. Yang best... bangun tidur, celik mata terus senyum. Alahai anak mama... cair mama tengok!

Alhamdulillah... Semoga baby Neeyaz sentiasa membesar dengan sihat, bijak dan comel!

Love you so much my sweet little baby!

Tengok muka Niesreena dan Naufal masa 4 bulan kat post bawah ni. Agak-agak baby Neeyaz lebih ikut muka siapa?

Naufal @ 4 months old

Niesreena @ 4 months old

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top