♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, August 3, 2017

Bila anak otak business

Semalam bawak balik 3 paket milo cube ni.

Aku beli kat lazada, dapat murahlah. Sepeket RM16 jer. Ada 50 biji. Ingatkan besarlah kiubnya. Rupanya cenonet comel jer. Tapi sedang elok jer lah saiz dia masuk mulut.

Bukan Niesreena dan Naufal jer suka, aku pun suka. Bila makan rasa macam tak nak berhenti. Ish! Tapi tak boleh makan banyak-banyak! Takut b3r@k keras! Huhuhu...

Kalau aku dulu... masa sekolah dulu lah... sebelum mak balik kerja, ratah milo satu cawan. Mak kata "ratahlah milo tu, nanti b3r@k keras!". Reverse psychology sungguh! Huhuhu... Sebenarnya mak marah makan milo. Dah lah milo mahal, kitorang sedap-sedap jer meratah, secawan... secawan...

Betul ke makan milo b3r@k keras? Aku rasa sebab kena sumpahan mak sebab degil makan milo gak kan... haaa keras laaaaa!!! Terus tak ratah dah! Huhuhu... #throwbacksikit

Nasib baik Niesreena dan Naufal tak reti meratah milo tapi suka minum milo. Aku pun kebetulan jer jumpa milo energy cube ni kat lazada. Tu yang beli tu... Bebudak ni suka lah.

Niesreena mulalah ligat kepala otak business dia. Niesreena kata nak jual. Aku kata, "ada orang nak beli ker?" Kalau nak jual sebiji boleh jatuh 40 sen. Mahal gak tu aku rasa untuk sebiji milo yang cenonet tu. Berbaloi ker bebudak sekolah nak beli?

Bila Niesreena tanya kat group wa dia, ramai plak yang order.

So, juallah jugak...

Siap-siap paket ikut nama orang order lagi. Aku layankan jugaklah.

Pagi tadi Niesreena bawak gi sekolah, macam-macam aku pesan kat dia - kira duit betul-betul, duit jangan hilang, bla bla bla... First time dia nak business ni. Huhuhu...

Balik tadi, Niesreena kata dapat RM27. Siap ada orang nak order lagi! Waaaa... laris betul business Niesreena!

Kena order lagi kat lazada macam ni!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top