♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, August 7, 2017

Ampai baju yang best

Nak cerita pasal ampai baju jer.

Aku dah lama cari ampai baju ni sejak bulan puasa hari tu.

Kononnya nak bawak balik kampung sebab balik raya lama. Pastu baju aku anak-beranak kang banyak nak cuci, nak sidai. Kalau ada ampai ni senanglah kan. Lebih-lebih lagi baju-baju baby yang kecik-kecik tu.

Memula hari tu ada tengok kat fb.  Tapi tak perasan saper yang jual. Cari-cari balik, tak jumpa.

Pastu kitorang gi cari kat Mydin, Tesco, Giant sumer tak der. Gi Nilai 3, kedai barang plastik, pun tak der. Hampa betul rasa. So tak dapatlah cari. Balik raya tu bawak balik penyidai baju payung yang biasa tu je lah.

Tetiba satu hari tu, aku nak cari pulak bakul laundry, kat lazada. Tetiba nampak plak bendalah ni.

Apa lagi... belilah! Murah jer kat lazada RM36.90 tak termasuk RM3 untuk delivery charges.

Tak sampai 3 hari dari hari order, dah sampai.

Sedang elok jer berdiri kat ruangan laundry aku.

Memang puas hati. Banyak baju boleh sidai. Nak-nak orang macam aku, bila hujung minggu, macam-macam benda lain nak basuh; baju sekolah, cadar, towel, jeans... Weekdays cuci baju colored jer.

So, ampai ni memang banyak menjimatkan ruang ampai sedia ada aku. Untuk ampai ni, aku sidai pakaian bebudak jer. Terutamanya baju baby Neeyaz yang kecik-kecik tu.

Then, kalau nak balik kampung, senang jer boleh bukak dan lipat-lipat, boleh masuk kereta.

Best! Best!

#akusuka

So, korang kalau nak beli ampai ni murah, bolehlah cari kat lazada. Sebab masa aku post kat fb beberapa hari lepas, ada kengkawan yang kata beli mahal sampai cecah RM80 kat Jusco. Kat fb pun orang jual sampai RM60. Rezeki orang berniagalah tu.

Aku bagi tips sikit kalau nak beli kat lazada.

Biasanya kat lazada akan ada banyak supplier/seller. So, benda ni, ada banyak harga yang berlainan. Biasanya, aku akan compare harga, of course aku nak cari yang paling murah dan yang penting baca review. Macam yang  aku beli ni, aku tengok inilah yang paling murah. Tapi review... ada yang ok dan ada banyak jugak review yang kata tak ok. Tapi aku tawakal jer lah dan harap review yang kata ok tu memang betul-betul ok. Sebab beza harga dengan seller lain, memang agak jauh beza.

Selain tu, korang kena tengok delivery charges; berapa rm? Kekadang barang murah, delivery charges tinggi. Tak berbaloi!

Yang aku dapat ni, barang RM36.90, delivery charges RM3. Ada yang harga RM39.90 tapi delivery charges hanya RM1.50. Tapi secara total, yang aku dapat tu masih yang paling murah.

Kat sini aku kongsi sekali link kat lazada, so korang kalau nak beli, bolehlah klik kat bawah ni, sementara stok masih ada. Aku bagi 2 link... paling murah (yang aku beli) dan second murah.

Semoga bermanfaat!

(1) Farmie:  3-tier clothes suspended drying rack RM39.90

(2) Farmie: 3-tier clothes suspended drying rack (free sock) RM41.40

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top