♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, August 31, 2017

Our Merdeka Day @ Kinrara Resort

Holiday mood is on!

Hahahha... Holiday lah sangat... Tak kemana-mana pun.

Ke Puchong jer!

Tak der lah kata nak lari dari kesibukkan kota sebab Kinrara ni pun tak jauh dari kota yang sibuk. Cuma kawasan resort ni tenang jer. Taklah jauh sangat dengan rumah. Senang... nak balik beraya kat KL pun tak perlu mengharungi traffic jem bagai.

Ini entah kali keberapa dah kitorang kat sini. Niesreena dan Naufal memang suka swimming kat sini. Especially bila dapat bilik depan pool. Hmmm... memang jadi duyung jer lah dua-dua budak tu.

Ni first time jugak bawak baby Neeyaz swimming. Sumer orang excited - mama, ayah, kakak dan abang! Sumer excited nak bawak baby Neeyaz masuk pool. Nak tengok macam mana gelagat dia.

Tapi aku sebenarnya concerned jugak... Baby Neeyaz baru 3 bulan lebih... dah boleh ke nak masuk pool ni?

Niesreena dan Naufal lepas solat zuhur terus terjun kolam.

Baby Neeyaz... perlahan-lahan kitorang bagi dia cecah air. Takut dia terkejut. Selalu mandi air panas. Ni tetiba air sejuk pulak.

Memula bawa baby Neeyaz kat kolam cetek dulu. Bagi baby Neeyaz cecah-cecah tapak kaki kat air.

Nampak excited gak dia. Actually, baby Neeyaz memang suka mandi. Kalau mandi kat rumah, dalam bekas mandi dia tu, baby Neeyaz memang tak reti diam sebab excited main air.

Ni bila bagi baby Neeyaz cecah kaki kat pool, memula dia nampak terkejut jugaklah. Sikit-sikit masukkan kaki then badan dalam air.

Lepas tu, enche Neezam bawa baby Neeyaz ke kolam dalam sama-sama Niesreena dan Naufal.

Ok lah... dia nampak terkejut jugak. Nangis kejap. Then lelama nampak seronok.

Tapi bagi baby Neeyaz mandi sekejap jer. Tak boleh lama-lama. Takut selsema. Lepas salin, minum susu terus tertidur.

Niesreena dan Naufal sampai pukul 7 pun tak naik-naik lagi.

Banyak ambik video. Tak tau letak yang mana untuk kenangan. So, up jerlah banyak-banyak pun. Huhuhu...

Tapi bagi baby Neeyaz mandi sekejap jer. Tak boleh lama-lama. Takut selsema.

Niesreena dan Naufal sampai pukul 7 pun tak naik-naik lagi.

Alhamdulillah... malam tadi baby Neeyaz tidur tak banyak kerenah. Aku risau jugak sebab siang tu dah berendam-rendam dan bersejuk-sejuk. Takut malam selsema atau demam. Tapi alhamdulillah... baby Neeyaz ok jer. Tidur lena... Penat sangat main air kot pagi tu. Begitu jugak Niesreena dan Naufal. Dah seharian jadi duyung dan bila naik darat ok jer. Huhuhu...

Second day... baby Neeyaz nampak dah berani sikit masuk pool dengan ayah.

Tapi bila air terpercik kat muka... sekali sekala menjerit jugak baby Neeyaz. Terkejut!

Cebik terus muka dia.

Niesreena dan Naufal alhamdulillah semakin mahir berenang. Aku tak risau dah. Tapi apapun setiap kali diorang masuk kolam, aku dan enche Neezam akan pantau jugak. Lebih-lebih lagi sebab Naufal masih tak setinggi dalam kolam tu.

Dua hari, satu malam kat sini. Kalau tanya Niesreena dan Naufal, memang diorang kata tak puas lah... Never! Huhuhu... Tapi ok lah... Mama dan ayah puas hati. Anak-anak seronok, mama ayah seronok. Harga sebilik satu malam pun ok, tak mahal sangat. Pool pun best - besar dan selesa. Orang tak ramai sangat. Staff pun ok. Nice and polite. Aku mintak spesific bilik, cik adik receptionist tu bagi jer. Alhamdulillah...

Now heading to KL! Yey!

Esok hari raya! Esok hari raya!

Dan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-60 Malaysia pada hari ini.

Wednesday, August 30, 2017

Holiday mood is on!

The most exciting part for the children of course... swimming!

And we are heading to...

#shorvacay #swimmingtime

Monday, August 28, 2017

Shopping dengan Watsons online

Yey!

Dah sampai barang yang aku beli melalui online Watsons!

Sebenarnya aku beli krim Olay tu ajer. Tapi dapat 3 free gift! Bukan 1 tapi 3 tau dapat free gift! Voucher RM10, mask SEP (ramai kengkawan kata best mask ni) dan ubat gigi. Harga online pun lebih murah tau.

Cuma yang tak bestnya sebab ada delivery charges RM7. Actually kalau harga Olay tu campur delivery charges, harganya akan jadi lebih murah lebih kurang RM2 berbanding kalau beli Olay tu kat kedai. Tapi memandang aku berkongsi beli dengan kengkawan, so, bolehlah bahagi-bahagi duit delivery tu. Untunglah... Pastu dapat free gift lagi kan.

Yes... yang tak best memang delivery charges tu lah. Kalau free delivery kan bagus.

Tapi yang best, sebab harga online lebih murah... pastu banyak offer 'Purchase with gift' dan ada point yang kiter boleh tolak.

So, korang kalau nak shopping dengan watsons, bolehlah ke laman web diorang di
http://www.watsons.com.my/

Sunday, August 27, 2017

Unplanned jalan-jalan from Nilai > Seremban > Port Dickson

Cuti sekolah dah bermula.

Niesreena dan Naufal dah sibuk tanya nak gi jalan mana. Diorang ajak ke Legoland, memandangkan kitorang ada annual pass. Tapi aku tengok harga hotel waktu-waktu cuti sekolah ni agak mahal dan pastinya akan ramai sangat orang. So, next time jer lah.

So, pagi ni, kitorang cadang gi beli barang dapur jer kat Mydin Seremban 2. Kitorang memang suka membeli-belah barang dapur kat Mydin sebab lebih barang-barang lebih murah. Lepas tu ada point yang kiter boleh tukar dapat voucher. So, lebih jimat.

Biasanya kitorang akan shopping kat Mydin Bandar Enstek, tapi aku lebih suka ke Mydin Mall Seremban 2. Lebih banyak barang, lebih luas dan lebih selesa.

Double dagu mak.

On the way ke Seremban 2, kitorang sempat berhenti minum cendol sagu rumbia yang famous kat jalan Labu-Seremban ni. Selalu lalu jalan ni, tak pernah sempat nak singgah. So, hari ni... kiter try lah... Lebih-lebih lagi sebab hari tu kedai cendol sagu rumbia ni masuk Majalah 3.

Gambar google. Tak sempat nak gambar sign dia yang besar ni.

Susah nak dapat tau cendol sagu rumbia ni. Kat sini harga semangkuk RM2.50. Selain cendol, ada jugak laksa dan pelbagai jenis kuih muih. Keria gula merah pun ada! Sedap betul!

Selesai mengalas perut, kitorang terus ke Mydin Mall. Shopping time!

Lepas shopping, tetiba enche Neezam ajak gi Port Dickson. Nak makan steamboat katanya. Kitorang pun tengah lapar jugak sebenarnya. Tapi tahankan jugaklah perut sehingga sampai ke Port Dickson.

Alhamdulillah... cuaca mendung dan berangin.

Best!

Dan nasib baik... ada jugak sebijik lori steamboat yang dah bukak petang-petang cam ni. Ingatkan diorang akan buka malam jer.

Alhamdulillah... rezeki!

Sedapnya....

Seronoknya makan tepi pantai. Sambil tengok sunset.

Sayang Niesreena dan Naufal tak bawak swimming suit. Kalau tak boleh mandi pantai. Tu pun dah berpasir-pasir dah memasing. Nasib baik tak basah jer. Huhu...

Dak Neeyaz, sepanjang kitorang kat pantai, dia bantai tidur jer. Penat kot sebab kat Mydin tadi dok berjaga jer. Baby Neeyaz pun cuci mata jugak. Huhuhu...

Seronok jugak sekali-sekala tak perlu plan-plan tapi jalan ikut rasa jer.

Bebudak pun seronok.

Ni jer lah jalan... pas ni sepanjang cuti sekolah ni duduk rumah jer lah yer anak-anak. Mama dan ayah terpaksa bekerja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top