♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, July 18, 2017

Baby Neeyaz... dah pandai gelak...

Baby Neeyaz dah masuk bulan ketiga. Semakin membesar, semakin banyak keletah dia. Dan semakin comel!

Sekarang ni dah pandai gelak-gelak.

Waktu gelak-gelak dia atau waktu good mood dia biasanya pagi-pagi. Agaknya sebab dah puas tidur, perut pun kenyang, energy pun dah 100% memang good mood betul!

Satu lagi, baby Neeyaz memang suka sangat berlenggeng... tak pakai baju. Kalau tak pakai baju, memang terserlah betul happy dia!

Alhamdulillah... setakat ni aku masih rajin lagi update blog dan perkembangan anak-anak.

Alhamdulillah... dari Niesreena dalam perut lagi sampailah ke Naufal hinggalah dah ada baby Neeyaz ni. Best bila tengok balik post-post lama terutamanya masa diorang baby-baby lagi. Rindu rasanya.

Niesreena dan Naufal pun teruja tengok post-post lama mama, masa diorang masih kecik. Tak sia-sia update blog. Memang itulah tujuan utama aku ada blog ni. Sebagai kenangan, untuk aku dan jugak Khairunn-khairunn aku...

Harap-harap semangat ni berpanjangan walaupun sangat sibuk sekarang. Kat rumah sibuk dengan family dan kerja-kerja rumah. Kat office pun kerja overload jugak.

So, kenalah pandai-pandai cari masa.

Yang penting...

keep calm and keep blogging!

No comments :

back to top