♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, June 25, 2017

Hari Raya 2017 @ Segamat

السلام عليكم

Alhamdulillah... Berkesempatan lagi beraya bersama keluarga tercinta tahun ni.

Di sini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin

kepada semua pembaca blog yang sudi follow blog aku ni.

Tahun ni kitorang beraya di Segamat. Turn raya rumah mertua, rumah family enche Neezam.<

#teamrayaSegamat #teamrayaJohor #teambiru #teamfamilymertua

Haaa.. gitu hashtag. Hahahhaha...

Ini first gambar family baru aku.

Alhamdulillah... bersyukur sangat dapat beraya dengan orang-orang tersayang. Bersyukur sangat dengan anugerah yang Allah berikan; suami yang penyayang dan anak-anak yang comel. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang baru, baby Khairunneeyaz, buat raya tahun ni lebih ceria.

Pagi tadi lepas selesai solat raya, aku dan enche Neezam sempat call mak abah aku untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan bermaaf-maafan. Tahun ni mak abah balik beraya kat kampung abah kat Tapah Road. Aku lega gak diorang balik beraya kat kampung. Kalau tak, kesian mak abah beraya berdua jer kat KL. Anak-anak sumer tahun ni turn rumah mertua.

Macam biasa, pagi-pagi mesti ada sessi bersalam-salaman dan bermaafan. Bebudaklah seronok kutip duit raya.

Abang Naufal dan baby Khairunneeyaz. Baby Neeyaz asyik tidur jer sambil kutip duit raya. Hehehehe...

Sebelum keluar berjalan raya, wajiblah bergambar dulu.

Khairun dan Khaireena, anak-anak cikgu Mohd Noor & cikgu Zaliha.

Ini pulak gambar dengan menantu-menantu. Cantik-cantik kan menantu? Hehehehehe...

Mak mertua aku, yang sentiasa comel dan cool.

My beautiful Niesreena dan gorgeous Naufal... Alhamdulillah, tahun ni adalah tahun ke 6 Niesreena berpuasa penuh dan tahun 3 Naufal berpuasa penuh. Diorang mula berpuasa sejak masing-masing berusia 6 tahun. Alhamdulillah... proud of you both!

Khairunnazhan dan Khairunneeyaz.

Lepas bergambar, macam biasa, kitorang akan beraya ke rumah makcik enche Neezam.

Gambar bawah ni, di petang hari raya, bebudak penat berjalan kutip duit raya.

Huhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top