♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, June 17, 2017

Berbuka puasa with Mangsor's clan

Alhamdulillah... hari ni baru berkesempatan berbuka puasa dengan familia tercinta kat KL.

Seronok! Semua orang ada. Kitorang memang jarang-jarang sangat dapat berkumpul semua macam ni walaupun adik-beradik tak ramai.

Dan yang paling seronok, tahun ni keluarga kitorang bertambah dengan kehadiran 2 baby baru; baby Neeyaz dan baby Hijaz. Ni first time jugak diorang berkumpul beramai-ramai dengan kitorang.

~ Abah dengan baby Hijaz, emak dengan baby Neeyaz; beza 2 bulan ~

Insya Allah, sebelum akhir tahun ni, mak abah akan terima sorang lagi cucu. Gurgirl pulak!

Seronoknya!

Macam biasa... kalau dah berkumpul ramai-ramai macam ni, semua orang nak bawak potluck. Tapi aku tetap nak tunggu lauk air tangan emak. Tak kiralah mak masak apa pun, tetap yang paling sedap!

Huhuhu...

Banyak betul makanan berbuka tadi.

As requested by my beloved family, aku buat sup tulang ala thai special untuk diorang. Khasnya untuk abah yang dah beberapa minggu ni tak selera makan sebab tak sihat. Alhamdulillah... banyak abah makan tadi. Siap bertambah!

Enche Neezam pulak sediakan puding kastad. Sedap!

Alhamdulillah... memang seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Seriously, bukan senang... I love you all so much!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top