♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, June 24, 2017

Baby Neeyaz @ minggu 7

Budak baik ni dah masuk 7 minggu...

Kejap jer rasa dah nak masuk 2 bulan.

Sekarang baby Neeyaz dah pandai senyum-senyum bila pandang muka orang. Dan pandai jugak nak berborak-borak. Kadang-kedang keluar suara comel baby. Huhuhuhu...

Baby Neeyaz memang kuat menyusu. Tangan dah macam tebu dah.

Aku suka sangat bila baby Neeyaz berjaga... Besar baby bukak mata. Bila pandang muka aku, baby Neeyaz macam kenal jer. Bular mata tengok mama dia.

Alhamdulillah... baby Neeyaz senang nak dijaga. Tak banyak kerenah dan meragam. Selalu good mood jer. Boleh jer baring-baring sendiri sambil mata dia melilau tengok keadaan sekeliling. Tapi tangan dan kaki dia tak reti diam. Mesti bergerak.

Dah lama-lama baring, barulah baby Neeyaz berbunyi sikit. Seakan-akan memanggil orang. Bila tengok mama atau ayah datang, riak muka baby Neeyaz berubah nampak happy dan tersenyum. Sesekali dia angkat-angkat dada dia. Nak mintak kena angkatlah tu.

Ya Allah! Terima kasih atas kurniaan baby yang sangat comel ni!

Tak lama lagi mama dah nak kerja dah. Sedihnya rasa nak tinggalkan baby comel mama ni.

*sigh*

Love you so much sayang!

#babykhairunneeyaz #anakayah #week7

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top