♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, May 6, 2017

Welcome to the family, baby Khairunneeyaz

سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

As schedule, aku disiapkan dan dibawa ke dewan bedah dalam jam 10 pagi tadi. Awal pagi lagi enche Neezam dah sampai kat hospital. Lega tengok enche Neezam dah ada kat samping aku. Sempatlah enche Neezam kucup dahi aku sebelum ditolak ke dewan bedah.

(^-^)

Emak call pagi tadi bagitau yang emak dan abah dah on the way ke HPJ. Walaupun aku bagitau emak, tak payah datang awal-awal, tapi mak insist jugak nak tunggu aku di luar dewan bedah.

Ingatkan tak sempat nak jumpa emak abah. Tapi alhamdulillah, rezeki, masa aku ditolak ke dewan bedah tu, boleh pulak terserempak dengan emak dan abah kat lift. Bersyukur sangat. Sempatlah mintak abah doakan aku dan baby.

Operation untuk c-sec bermula lebih kurang jam 10.30 pagi. Sama macam 2 c-sec sebelum ni, aku diberikan epidural half body. So, sepanjang diorang keluarkan baby, aku memang sedar.

Aku rasa dalam lebih kurang 10 minit lepas diberikan epidural, aku terasa baby dikeluarkan dari perut aku, terasa perut ringan jer dan kejap tu dengar suara baby menangis.

Aku terdengar ada suara yang mengucapkan syukur dan ada suara yang kata baby comel.

Ya Allah! Tak sabar sangat nak tatap muka baby masa tu.

Tak berapa lama lepas tu, doktor tunjukkan baby pada aku. Ya Allah! Comel dan semangatnya! Nampak chubby dan montel sangat muka baby. Mata baby terkebil-kebil jer, cuba tengok persekitaran baru dia.

Doktor kata baby keluar dengan berat 3.9 kg. Then doktor suruh tengok jantina baby. Yup! Baby boy!

Alhamdulillah... doktor kata, baby cukup sifat, cukup kaki tangan dan jari. Syukur sangat aku dengar.

Then nurse kata nak bawa baby ke bilik tempat enche Neezam, emak dan abah menunggu. Tunjuk kat diorang sekejap.

Lepas selesai prosedur c-sec, macam biasa, nurse bagi masuk air 1 liter sebelum aku ditolak balik ke ward. Waktu masuk air tu, sejuk kemain! Mengigil-gigil badan den! Dan sepanjang tu jugak, baby dah ada kat sebelah aku. Nyenyaknya baby tidur. Baby sedar tak baby dah keluar dari perut mama? Huhuhu...

Memperkenalkan... my new beloved baby boy.

Insya Allah... kitorang akan berikan baby nama Khairunneeyaz, yang beerti 'Sebaik-baik doa/harapan'.

Terima kasih ya Allah atas anugerah yang tak terduga dan sangat bernilai ni. Insya Allah akan kami jaga khalifah ini sebaik mungkin.

Malam ni, emak temankan aku kat hospital. Terima kasih emak. Sepanjang hari kat hospital tunggu Julie dan temankan Julie malam ni. Love you so much!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top