♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, May 27, 2017

Salam Ramadhan 2017

Salam Ramadan dan selamat berpuasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia!

Obviously, tahun ni aku tak dapat nak menyambut Ramadhan seperti biasa sebab aku masih dalam berpantang. Baru 21 hari. Seram sejuk jugak nak tunggu sampai bila boleh mula berpuasa. Silap-silap kena ganti puasa sebulan terus. Huhuhu...

Niesreena dan Naufal pun seperti biasa akan berpuasa. Alhamdulillah pagi tadi senang jer diorang bangun. Niesreena tahun ni merupakan tahun ke 6 berpuasa dan Naufal tahun ke 3. Tahun-tahun sebelum ni Niesreena dan Naufal berjaya berpuasa penuh. Insya Allah, harap-harap tahun ni diorang akan dapat berpuasa penuh jugak. Ameen...

Sepanjang berpuasa tahun ni jugak, enche Neezamlah yang akan jadi head chef di dapur; menyediakan makanan sahur dan berbuka. Alhamdulillah... nasib baik enche Neezam memang ada skill kat dapur. So, memang tak menjadi kerisauan aku langsung.

Kepada korang semua pembaca... Selamat berpuasa dan beramal di bulan yang mulia ini...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top