♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, May 19, 2017

Permainan bola kertas

Petang tadi Naufal balik dari bermain dengan tangan penuh dengan kertas. Aku ingatkan sampah sarap apalah yang Naufal bawak balik. Rupa-rupanya, permainan bola kertas.

Naufal punyerlah excited nak tunjuk kat aku permainan baru dia dan nak ajar aku main. Tapi bila aku bagitau yang ini antara mainan aku masa kecik-kecik dulu, Naufal tak percaya!

Ingat lagi... dulu buat 'pemain' bola kertas ni dengan menggunakan kotak nipis. Siap warnakan jersey pemain. Lepas tu bola dia gunakan kertas pembalut gula-gula getah Wrigley's. Mainlah permainan budak lelaki ni dengan kengkawan kat tepi tangga rumah flat.

Seronoknya teringatkan waktu kanak-kanak!

Naufal punyerlah ralit main permainan bola kertas ni, dia boleh duduk hampir 2 jam main sesorang kat situ. Haiiissshhhh... Kalau study dok ralit macam ni kan bagus!!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top