♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, May 5, 2017

Minggu 38 | Kite dah check-in!

We are on our way to...

Hospital Putrajaya!

Haaaa... tetiba jer kan. Kalau ikut plan, sepatutnya aku ke HPJ hari ni untuk temujanji dengan doktor bius jer. Tapi tetiba kena admitted terus plak. Bukan sebab air ketuban pecah atau ada tanda-tanda bersalin. Bukan...

Sebab semalam aku dapat panggilan dari HPJ, ada doktor call dan minta reschedule pembedahan aku daripada 8hb ke 6hb. So, cepatlah sikit. Bila tanya enche Neezam, dia kata ok. So, oklah... Cepatkan tarikh bersalin ke 6hb May 2017. Memang jodoh nak jumpa baby cepat lah kot. Huhuhu...

So, pagi tadi sampai kat HPJ, terus ke kaunter pendaftaran kemasukkan wad. Pegawai yang jaga kaunter tu kata, wad masih penuh dan mintak aku tinggalkan nombor talifon untuk que. So, bila ada bilik yang available, diorang akan call aku dan waktu tu aku kena datang semula untuk 'check-in'. Memang macam ni prosedur HPJ.

Sebelum balik ke rumah tadi, aku dan enche Neezam gi jumpa doktor bius dulu. Doktor bius terangkan procedure bius yang akan diorang akan buat kat aku masa c-sec nanti. Kitorang setuju untuk buat epidural half body macam 2 kali aku bersalin sebelum ni. Then kitorang tandatangan dokumen yang berkaitan dan balik ke rumah semula.

Dalam pukul 2 lebih, aku dapat panggilan daripada HPJ. Katanya bilik untuk aku dah ready. Siap bagitau nombor katil. So, lepas enche Neezam balik solat Jumaat, kitorang pun bertolak semula ke HPJ. Nasib baiklah hospital dekat jer dengan rumah.

Aku dapat bilik 2 orang sebilik. Memang selesa. Lengkap dengan bilik air dalam bilik. Ada pemanas air lagi.

Untuk pengetahuan korang, kat hospital Putrajaya ni semua bilik kelas pertama. Ada yang sebilik 1 katil, 2 katil dan 4 katil. Nurse-nurse kat sini pun baik-baik jer.

Aku bersalin kat sini dengan gunakan e-GL enche Neezam. So, insya Allah, kos bersalin ialah RM zero!

Untungkan kakitangan kerajaan... Alhamdulillah...

Get ready! Insya Allah, esok, pada waktu ni, aku dah dapat peluk baby. Hahahhaha...

Excited sangat! Tapi pada masa yang sama, cuak jugak.

Korang... doakan yang baik-baik yer!

No comments :

back to top