♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, May 9, 2017

Gelora sebelum balik rumah...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم

Hari ke-3 baby Neeyaz.

Semalam doktor baby datang lagi untuk check perkembangan dan kesihatan baby, untuk kali kedua. Tetiba lepas check, nurse kata baby ada kuning. Tapi tak tahu berapa bacaan dia. So, baby Neeyaz kena duduk bawah lampu, kat atas pangku aku, sementara tunggu bacaan kuning dari lab.

Kesian aku tengok baby Neeyaz yang hanya berlampin dan mata dia kena tutup. Kejap-kejap baby Neeyaz macam terkejut @ gayat dan menangis. Cepat-cepat aku peluk dia. Dalam hati berdebar-debar jer. Berdoa sangat semuanya ok!

Tak lama lepas tu, nurse datang semula dan bagitau yang bacaan kuning baby agak tinggi. Nurse kata baby Neeyaz kena tinggal kat ward!

Waaaaa!

Sedihnya!

Tak sanggupnya aku nak tinggalkan baby Neeyaz sesorang kat hospital!

Aku dah nangis-nangis dah. Aku tengok mata enche Neezam pun dah berkaca-kaca.

Aku kemas-kemas barang-barang aku sebab aku dah boleh discharged. Kemudian kemaskan barangan baby... keperluan baby Neeyaz sepanjang kena admit. Ya Allah! Sedihnya!

Petang tu baby dibawa ke NICU. Bila aku masuk ke ward baby tu, aku tengok ada beberapa orang lagi baby kat situ. Kebanyakkannya sebab kuning.

Aku tengok baby Neeyaz dah siap kat tempat dia. Sedihnya... Memang tak tahan air mata dah.

Kesiannya anak mama.

Baby Neeyaz masuk ward dalam pukul 5 petang. Kat dalam ward tu ada beberapa orang baby yang sama kena jemur bawah lampu. Ibu atau bapa boleh masuk bergilir dan hanya disediakan kerusi jer. Tapi alhamdulillah... kerusi yang disediakan agak selesa.

Doktor datang periksa baby dan bagitau yang bunyi jantung baby Neeyaz agak tak normal. Katanya macam ada bunyi injap yang terbuka atau kemungkinan jantung berlubang! Nauzubillah! Kata-kata doktor tu buatkan aku lebih sedih dan takut sangat! Ya Allah! Aku rasa macam nak pengsan. Jantung aku berdegup kencang sangat! Aku berdoa sangat apa yang doktor tu predict SALAH! Doktor kata akan scan jantung baby esok pagi.

Sepanjang duduk kat situ, aku tak lepa pandangan pada baby Neeyaz. Air mata aku mengalir jer. Macam-macam benda bermain kat fikiran aku; betul ke jantung berlubang? sakit ke? macam mana masa depan dia nanti? ok ke baby sorang-sorang kat ward malam ni? nanti baby lapar macam mana? nanti baby nangis saper nak peluk dia?

Macam tak sampai hati nak tinggalkan baby Neeyaz sorang-sorang kat sana. Sedih sangat!

Lebih-lebih lagi bila tengok ada beberapa orang baby yang tak der emak atau bapak yang tunggu, then menangis, tak der pun nurse atau ibu-ibu yang nak gi comfortkan baby tu. Biar jer baby nangis. Ye lah... nurse pun bukan duduk sajer. Diorang pun sebuk dengan kerja dan attend baby lain. Ibu-ibu pun sebuk jaga dan menyusukan baby memasing. Memang kesian kat baby-baby yang menangis tu. Sampai hatinya mak bapak tak der datang teman. Dah tu tak der saper nak layan. Dah lama sikit, barulah nurse datang bagi susu dan tidurkan semula baby.

Kesiannya baby...

Aku dan enche Neezam bergilir tunggu baby Neeyaz sehinggalah waktu melawat tamat jam 9 malam. Pinggang aku terasa sakit sangat. Luka c-sec pun terasa sakit. Perut pun lapar dan masuk angin sebab tak makan malam lagi dan tak rasa nak makan pun sebab dah tak der selera.

Pukul 9 malam, tinggalkan baby Neeyaz kat hospital... aku menangis sepanjang perjalanan balik dalam kereta. Aku tahu, enche Neezam pun sedih. Tapi enche Neezam kata, jangan risau sebab baby Neeyaz berada di tempat yang terbaik untuk dia buat masa ni.

Ye lah...

Sampai rumah, Niesreena dan Naufal excited nak tengok baby Neeyaz. Tapi nampak sangat diorang pun sedih bila tahu baby tak boleh balik.

Malam tadi aku tidur sambil menangis tapi nyenyak sampai pagi. Mungkin sebab penat sangat.

Pagi tadi, awal-awal lagi aku dah bangun. Tengok Niesreena dan Naufal dah bersiap-siap untuk ke sekolah. Mak mertua aku pun dah sediakn bubur nasi untuk sarapan. Enche Neezam pun dah siap sediakan bekalan makanan untuk aku makan bila kat hospital nanti.

Lebih kurang pukul 9 pagi, kitorang dah sampai kat hospital. Aku tengok baby Neeyaz dah tak terjemur bawah lampu lagi... siap dah mandi, wangi lagi!

Seronok sangat!

😍

Aku terus gi cari doktor dan tanya perkembangan baby Neeyaz. Doktor bagitau yang bacaan kuning baby dah turun. So, baby boleh discharge. Tapi masih perlukan pemeriksaan kat klinik kesihatan setiap hari. Dan yang paling seronok bila doktor kata dah scan jantung baby Neeyaz dan alhamdulillah jantung baby sihat. Bersyukur sangat ya Allah!

😍

Sebelum tengahari tadi baby Neeyaz tiba kat rumah. Ni tengah sedap tidur. Jap lagi kakak dan abang balik mesti excited tengok adik diorang dah balik.

😍

Neeyaz, mama sayang sangat kat awak!

😍

Alhamdulillah... bersyukur sangat kehadrat Allah kerana permudahkan urusan bersalin aku. Terima kasih kepada doktor-doktor dan nurse-nurse di wad O&G di Hospital Putrajaya. Baik-baik semuanya. Layanan first class dan sangat selesa.

Insya Allah... aku akan jaga kesihatan baik-baik terutamanya dalam tempoh berpantang ni. Dan aku berdoa semoga baby Neeyaz pun cepat-cepat sembuh sepenuhnya dari kuning. Korang doakan lah yer...


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top