♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, May 30, 2017

Peranan guru sebagai pembina negara bangsa

Artikel enche Neezam di Harian Metro sisipan Minda disiarkan hari ni bersempena dengan Hari Guru.

Untuk bacaan penuh, boleh klik di link di bawah:-

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170530/282029032182938

Semoga bermanfaat!

Saturday, May 27, 2017

Salam Ramadhan 2017

Salam Ramadan dan selamat berpuasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia!

Obviously, tahun ni aku tak dapat nak menyambut Ramadhan seperti biasa sebab aku masih dalam berpantang. Baru 21 hari. Seram sejuk jugak nak tunggu sampai bila boleh mula berpuasa. Silap-silap kena ganti puasa sebulan terus. Huhuhu...

Niesreena dan Naufal pun seperti biasa akan berpuasa. Alhamdulillah pagi tadi senang jer diorang bangun. Niesreena tahun ni merupakan tahun ke 6 berpuasa dan Naufal tahun ke 3. Tahun-tahun sebelum ni Niesreena dan Naufal berjaya berpuasa penuh. Insya Allah, harap-harap tahun ni diorang akan dapat berpuasa penuh jugak. Ameen...

Sepanjang berpuasa tahun ni jugak, enche Neezamlah yang akan jadi head chef di dapur; menyediakan makanan sahur dan berbuka. Alhamdulillah... nasib baik enche Neezam memang ada skill kat dapur. So, memang tak menjadi kerisauan aku langsung.

Kepada korang semua pembaca... Selamat berpuasa dan beramal di bulan yang mulia ini...

Friday, May 26, 2017

Kad raya... masih relevankah lagi?

Tetiba jumpa kad raya ni kat Mydin. Comel plak tu. Sajer belikan untuk Niesreena dan Naufal supaya diorang merasa keseronokkan memberi kad raya kepada kengkawan macam aku dulu.

Masih relevankah lagi?

Ramadan madrasah didik anak puasa

Artikel enche Neezam yang disiarkan hari ni di Harian Metro sisipan Minda bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba.

Untuk bacaan lebih jelas, boleh ke link bawah ni:-

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170526/281745564334435

Semoga bermanfaat dan selamat menjalani ibadah puasa!

Thursday, May 25, 2017

Rutin harian si Khairuns di petang hari

Petang... asal ayah Khairun, kakak Khairun dan abang Khairun balik jer, mesti urung baby Khairun.

My sweethearts, my Khairunns - my usyuk, my asyam, my asyin, my love...

Take over lah yer... Mama nak rehat...

Love my Khairunns sooooo much!

Tuesday, May 23, 2017

Ikut muka saper?

Soalan yang aku asyik dengar jer dari Niesreena dan Naufal sejak beberapa hari ni...

"Mama, baby Neeyaz ikut muka Reena ke Naufal?"

Hmmmm... tak tau nak jawab. Kadang-kadang ikut muka Niesreena pun ada... kadang-kadang ikut muka Naufal pun ada.

Korang rasa?

Ini baby Neeyaz... hari ke 3...

Bawah ni muka Niesreena. Masih dalam hari lagi.

Dan bawah ni muka Naufal, hari pertama.

Rasanya muka diorang sumer lain-lain. Tapi yang sama ialah diorang sumer comel.

Hehehhehe...

Sunday, May 21, 2017

Tertarik rambut sendiri

Dak montel ni... buat terkejut mama jer tadi...

Baru jer nak lunch, tetiba dengar dak kecik ni menangis dan menjerit. Macam kena pukul... lain macam jer jeritnya. Aku punyalah terkejut, cepat-cepat masuk bilik tengok baby Neeyaz.

Kesiannya... beria-ria menangis. Muka pun merah!

Rupa-rupanya...

Baby Neeyaz tertarik rambut sendiri!

Huhuhu...

Siannya anak mama...

Tu lah... rambut lebat dan panjang. Mama pulak tak pakaikan sarung tangan. Dah tangan sampai kat rambut sendiri, tertarik lah pulak. Mesti sakit.

Huhuhu...

Sorry yer sayang...

Saturday, May 20, 2017

Neezam vs Naufal

Dah puas berlawan permainan bola kertas dengan ayah, Naufal ajak pulak ayah lawan permainan bola secara digital pulak!

Boys!

Friday, May 19, 2017

Permainan bola kertas

Petang tadi Naufal balik dari bermain dengan tangan penuh dengan kertas. Aku ingatkan sampah sarap apalah yang Naufal bawak balik. Rupa-rupanya, permainan bola kertas.

Naufal punyerlah excited nak tunjuk kat aku permainan baru dia dan nak ajar aku main. Tapi bila aku bagitau yang ini antara mainan aku masa kecik-kecik dulu, Naufal tak percaya!

Ingat lagi... dulu buat 'pemain' bola kertas ni dengan menggunakan kotak nipis. Siap warnakan jersey pemain. Lepas tu bola dia gunakan kertas pembalut gula-gula getah Wrigley's. Mainlah permainan budak lelaki ni dengan kengkawan kat tepi tangga rumah flat.

Seronoknya teringatkan waktu kanak-kanak!

Naufal punyerlah ralit main permainan bola kertas ni, dia boleh duduk hampir 2 jam main sesorang kat situ. Haiiissshhhh... Kalau study dok ralit macam ni kan bagus!!!

Wednesday, May 17, 2017

Pak bidanku

Ini pak bidan aku.

Tiap kali nak membedung baby Neeyaz, pak bidan ni akan cakap

"Jom kiter bedung bedang bedung bedang bedung bedang!"

Hahahaha...

Tuesday, May 16, 2017

Menghargai ibu sepanjang zaman

Dalam sibuk-sibuk menjaga baby dan aku yang sedang berpantang ni, keluar jugak satu artikel enche Neezam di akhbar Harian Metro sisipan Minda bersempena dengan hari Ibu.

Rasa terkesan sikit dengan artikel kali ni. Mungkin sebab aku pun baru jer bersalin.

Ya Allah! Bersyukur sangat dengan nikmat dan rahmat serta rezeki yang Engkau berikan untuk bergelar ibu. Dan bersyukur yang tidak terhingga lagi bila mendapat emak dan emak mertua yang sentiasa menyayangi, memahami dan menyokong.

Terima kasih ya Allah!

Untuk membaca artikel tu, bolehlah klik di link bawah ni.

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170516/283712659335748

Semoga bermanfaat dan selamat hari Ibu!

Monday, May 15, 2017

Never get enough!

... of him...

#khairunneeyaz

Sunday, May 14, 2017

Tahnik Khairunneeyaz

Terima kasih ayah tok, Haji Mohd Noor Abdullah sudi mentahnik Khairunneeyaz.

Alhamdulillah... Semoga Allah sihatkan tubuh badan baby Neeyaz.

Aminnn....

Monday, May 8, 2017

Cucuk BCG

Hari ni baby Neeyaz kena cucuk BCG.

Sian... menangis-nangis kena cucuk.

Sabarlah yer sayang... ni semua untuk kebaikan.

Sunday, May 7, 2017

My Khairunns... first meeting!

Khairunniesreena, Khairunnaufal & Khairunneeyaz.

Their first meeting. Penuh dengan drama. Hahhahaha...

Hari ni Niesreena dan Naufal ke hospital dengan harapan nak jumpa baby Neeyaz untuk kali pertama. Tapi masalahnya... budak umur bawah 10 tahun tak boleh naik ke ward. So, Naufal tak bolehlah naik. Niesreena je lah lepas.

Tapi ayah tok dan mak tok cuba nasib... buat drama sikit... Huhuu... Naufal lepas sampai depan ward je. Pastu mak guard tak kasi masuk. Mak tok nak bawak baby Neeyaz keluar nak tunjuk baby kat Naufal pun tak boleh. Jadinya mak tok tunjuk baby Neeyaz pada Naufal kat depan pintu ward jer lah.

Dapatlah Naufal tengok baby Neeyaz disebalik pintu kaca. Then Naufal nangis.

Mak guard tu agaknya kesian kat Naufal then bagi jugaklah Naufal masuk. Huhuhu... Alhamdulillah.

Drama sangat kan!

Dan alhamdulillah... syukur sebab Naufal pun boleh masuk, sebab aku pun rindu dengan bekas anak bongsu aku ni. Huhuhu... Dah jadi abang dah sekarang...

Saturday, May 6, 2017

Welcome to the family, baby Khairunneeyaz

سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

As schedule, aku disiapkan dan dibawa ke dewan bedah dalam jam 10 pagi tadi. Awal pagi lagi enche Neezam dah sampai kat hospital. Lega tengok enche Neezam dah ada kat samping aku. Sempatlah enche Neezam kucup dahi aku sebelum ditolak ke dewan bedah.

(^-^)

Emak call pagi tadi bagitau yang emak dan abah dah on the way ke HPJ. Walaupun aku bagitau emak, tak payah datang awal-awal, tapi mak insist jugak nak tunggu aku di luar dewan bedah.

Ingatkan tak sempat nak jumpa emak abah. Tapi alhamdulillah, rezeki, masa aku ditolak ke dewan bedah tu, boleh pulak terserempak dengan emak dan abah kat lift. Bersyukur sangat. Sempatlah mintak abah doakan aku dan baby.

Operation untuk c-sec bermula lebih kurang jam 10.30 pagi. Sama macam 2 c-sec sebelum ni, aku diberikan epidural half body. So, sepanjang diorang keluarkan baby, aku memang sedar.

Aku rasa dalam lebih kurang 10 minit lepas diberikan epidural, aku terasa baby dikeluarkan dari perut aku, terasa perut ringan jer dan kejap tu dengar suara baby menangis.

Aku terdengar ada suara yang mengucapkan syukur dan ada suara yang kata baby comel.

Ya Allah! Tak sabar sangat nak tatap muka baby masa tu.

Tak berapa lama lepas tu, doktor tunjukkan baby pada aku. Ya Allah! Comel dan semangatnya! Nampak chubby dan montel sangat muka baby. Mata baby terkebil-kebil jer, cuba tengok persekitaran baru dia.

Doktor kata baby keluar dengan berat 3.9 kg. Then doktor suruh tengok jantina baby. Yup! Baby boy!

Alhamdulillah... doktor kata, baby cukup sifat, cukup kaki tangan dan jari. Syukur sangat aku dengar.

Then nurse kata nak bawa baby ke bilik tempat enche Neezam, emak dan abah menunggu. Tunjuk kat diorang sekejap.

Lepas selesai prosedur c-sec, macam biasa, nurse bagi masuk air 1 liter sebelum aku ditolak balik ke ward. Waktu masuk air tu, sejuk kemain! Mengigil-gigil badan den! Dan sepanjang tu jugak, baby dah ada kat sebelah aku. Nyenyaknya baby tidur. Baby sedar tak baby dah keluar dari perut mama? Huhuhu...

Memperkenalkan... my new beloved baby boy.

Insya Allah... kitorang akan berikan baby nama Khairunneeyaz, yang beerti 'Sebaik-baik doa/harapan'.

Terima kasih ya Allah atas anugerah yang tak terduga dan sangat bernilai ni. Insya Allah akan kami jaga khalifah ini sebaik mungkin.

Malam ni, emak temankan aku kat hospital. Terima kasih emak. Sepanjang hari kat hospital tunggu Julie dan temankan Julie malam ni. Love you so much!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top