♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, April 2, 2017

Relax sebelum bersalin @ Avillion Cove Port Dickson

Hujung minggu ni enche Neezam berkursus kat sini.

So, aku dan little Khairuns mengekor laaaa... lepak-lepak... relax-relax... di kala enche Neezam stress pecah otak pagi petang siang malam sepanjang hujung minggu ni. Huhu...

Kitorang check-in hari Jumaat yang lepas. Ni kali kedua kitorang lepak kat Avillion Cove ni...

Bilik best la... besar!

View dari bilik pun cantik. Boleh tengok laut lepas. Bila malam angin kuat sangat!

Bebudak ni... excited laaaa... Lepas check-in, solat asar, terus ajak pergi pool jer. Lebih-lebih lagi bila nampak pool dari bilik. Lagilah diorang tak sabar.

Kat Avillion Cove ni tak der pantai tapi harbor. So, banyaklah kapal-kapal mewah besar kecik yang 'lepak' kat sini. Kitorang cuci mata jer lah.

Kalau nak merasa mandi pantai kena keluar dari kawasan hotel dan ke hotel sebelah. Kat sana pantainya cantik dan airnya bersih. Boleh jalan kaki jer lebih kurang 200 meter.

Niesreena dan Naufal beriya ajak gi pantai... tapi aku tak larat dah nak jalan. So, kali ni lepak kat pool jer. Next time jer lah gi terjah pantai. Tunggu baby keluar! Hehehehe...

Dari pool penuh, sampai pool kosong, Niesreena dan Naufal tetap setia jadi penunggu pool. Bila ajak naik mesti jawab "5 minit jer lagi, mama". Tapi 5 minit diorang sama dengan sejam!

Hmmm... tak per lah... layan jer lah sementara baby tak keluar lagi ni.

Ayah sesekali jer join Niesreena dan Naufal berenang; petang-petang bila dah habis kursus.

Puaslah bebudak ni berkubang dalam pool. Asah lagi skill berenang diorang. Dari berenang biasa... sekarang diorang dah mahir kuak lentang pulak.

Skill diorang entah betul entah tidak sebenarnya, sebab diorang belajar berenang sendiri, tak pernah gi kelas renang pun. Hmmm... tak kesahlah... asalkan terapung. Huhuhu...

video

video

Lepas ni... tunggu baby keluar pulaklah baru kiter lepak hotel lagi yer anak-anak.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top