♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, March 17, 2017

Minggu 31 | Nak ikat ke tidak? BTL...

السلام عليكم

Hari ni kandungan aku dah masuk minggu ke 31.

Insya Allah... lebih kurang 7 minggu jer nak bersalin ni. Perasaan bercampur baur; nervous + excited! Hahahaha...

So, macam yang aku pernah cerita sebelum ni, baby aku memang terlajak sehat... membesar bagai johan dalam perut ni haa...

Ikut ukuran scan... baby besar 2 minggu. Sebab apa besar? Aku pun tak sure... doktor pun tak berapa sure... Dah buat ujian kencing manis, minum air gula 2 kali sebelum ni memang normal. Alhamdulillah... Hmmmm... Insya Allah tak apa-apa... cuma baby memang happy membesar jer kot. Huhuhu...

Disebabkan baby besar, so semalam, aku ada appointment dengan doktor pakar O&G, Dr Suriyati, kat klinik kesihatan untuk tentukan bebetul usia baby dalam kandungan. Lama jugaklah jumpa doktor kali ni. Banyak jugaklah soalan-soalan tentang sejarah kesihatan keluarga yang doktor tanya. Doktor jugak buat detail scan. Lama betul scan kali ni. Sebabnya doktor scan bebetul detail dan baby aktif pulak bergerak masa scan tu. Susah nak cari anggota badan.

Terkejut aku bila doktor kata baby besar 3 minggu. Huh! Semakin membesar! Tak tahu lah nak cuak atau nak happy. Huhuhu... Berat dah 1.9 kg. Tapi alhamdulillah... baby nampak normal dan sihat. Dengar degupan jantung baby pun normal. Baby pun dah tak songsang. Yey!

Akhirnya doktor Suriyati kata usia kandungan sehingga hari ni ialah 31 minggu berdasarkan saiz panjang kaki baby. Kata doktor, biasanya ukuran bahagian ni yang paling tepat. Cuma lain-lain bahagian baby macam kepala, perut, badan, tangan memang besar antara 2-3 minggu.

So, compomlah usia baby 31 minggu dan due date aku ialah 20 May. Cuma sebab aku akan cser so due date akan cepat 2 minggu. Tarikh sebenar bakal diketahui bila dah jumpa dengan doktor kat Hospital Putrajaya 17 April akan datang ni. Insya Allah...

Selain tentukan usia kandungan, doktor jugak tanya samada aku merancang ini adalah anak yang terakhir. Hmmmm... actually, aku dah bincang pasal benda ni dengan suami, mak dan mak mertua aku. Diorang kalau boleh semua nak kitorang tambah at least seorang lagi. Aku pulak masih berkira-kira... ye lah... sebab aku yang nak kena carry baby 9 bulan dalam perut kan... tapi aku fikir, kalau dapat sorang lagi pas ni... kalau dapat perempuan best gak; 2 perempuan, 2 lelaki.

Enche Neezam pun kalau boleh nak ada seorang lagi. The more the meriah katanya! Huhuhu...

Tapi at the same time, aku fikir, sekarang umur aku 37, by the time boleh ada anak lagi at least kena gap 3 tahun. Huh! Masa 40 tahun nak mengandung lagi?

Seriously?

Larat ke nak bawak perut masa tu? Sekarang ni pun dah rasa macam dah tak larat.

Nanti aku umur 50 tahun, anak baru umur 10 tahun. Bila enche Neezam pencen, anak tak habis belajar lagi?! Gulp... betul ke nak anak lagi lepas ni?

But yet... kalau boleh aku nak anak lagi! Jeles tengok orang anak ramai-ramai. Masa kecik memang penat nak jaga tapi dah besar seronok adik-beradik ramai ni.

Bila aku bagitau doktor yang aku merancang untuk ada seorang anak lagi selepas ni. Doktor terus cakap "Wow..."... Hmmmm... apa maksudnya tu? Mesti dia kagum dengan cita-cita aku. Huhuhu...

Memandangkan aku akan c-sec untuk kali ketiga lepas ni dan faktor usia... doktor Suriyati sebagai doktor pakar memang tak menggalakkan aku untuk ada baby lagi lepas ni dan mencadangkan untuk aku melakukan kaedah bilateral tubal ligation (BTL) atau bahasa pasarnya 'ikat' jer.

Dia bagitau antara risiko-risiko yang mungkin berbahaya untuk aku mengandung lagi lepas ni. Antaranya ialah keguguran dan kerosakkan rahim. Panjang lebar jugak doktor jelaskan risiko-risiko. Tapi pada masa yang sama... aku terfikir "ada jer kawan yang cser tapi anak sampai empat-lima".

Aku bagitau doktor yang aku tak boleh buat keputusan sekarang dan benda macam ni kena berbincang betul-betul dengan keluarga terutamanya suami.

Selain kaedah ikat ni, doktor jugak mencadangkan kalau aku tak nak ikat, aku boleh guna Intrauterine Device atau IUD. Dengan kaedah ni, diorang akan letak satu alat kat dalam rahim. Erk... macam seramlah pulak.

Dan satu kaedah lagi ialah dengan menggunakan Implanon.

Implanon ni pulak ialah satu implan yang ditanam di bawah kulit lengan untuk mengelakkan kehamilan.

Dengan kedua-dua kaedah ni, boleh mengelakkan kehamilan antara 3-5 tahun. So, kalau merancang untuk hamil lagi, boleh keluarkan ajer bendalah tu kat klinik.

Tapi kalau ikat... maksudnya... aku memang tak kan boleh mengandung lagi. Kalau nak mengandung lagi pun, kena lakukan pembedahan untuk buka semula ikatan dan agak menyusahkan lah kan... nak kena buat pembedahan lagi bagai...

So, sekarang ni, dah beberapa kali berbincang... tapi masih tak conform lagi dengan keputusan. Insya Allah sebelum ke Hospital Putrajaya nanti kitorang akan cuba buat keputusan akhir.

Apapun... rezeki daripada Allah... kiter merancang, Allah yang menentukan. Yang terbaik ialah buat solat istiharah. Insya Allah... keputusannya... korang akan tahu nanti...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top