♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, March 31, 2017

Minggu 33 | Misi mencari stroller idaman

Alhamdulillah... usia kandungan dah masuk minggu yang ke 33! Memang dah terasa sarat sangat.

Setakat ni barangan kelengkapan baby yang penting-peting dah sedia. Sekarang baru fikir nak cari stroller untuk baby.

Stroller! Penting ke tidak?

Bagi aku memang sangat penting sebab kitorang ni kaki berjalan. Tak laratlah kalau nak asyik berdokong baby jer kan. Lagipun ni belum bersalin pun dah ada plan nak berjalan ke sana sini lepas bersalin nanti. So, stroller memang perkara wajib.

Actually, setiap kali sebelum membeli barang kat kedai, aku suka baca review dulu. Especially dari lazada. Kalau kat lazada best! Sebab boleh tengok banyak dan bermacam jenis barang. Kalau macam cari stroller ni, ada banyak sangat patern dan jenama stoller yang ada dan lengkap dengan harga. Pastu boleh compare harga. Tengoklah sepadan tak dengan kemampuan kiter. Kalau ada yang aku berkenan, aku akan google dan cuba cari review kat blog-blog pulak.

Biasanya bila dah jumpa barang kat lazada, dah compare harga bagai, aku akan beli terus jer dari lazada. Tapi untuk stroller ni, barang besar, so aku was-was sikit, walaupun tengok review bagus. Aku nak tengok sendiri depan mata saiz dan materialnya. Kalau boleh nak cari yang kecik jer. Yang tak banyak makan ruang belakang kereta.

So, bila cari-cari stroller yang sesuai, tetiba hati macam terpaut sangat kat stroller Sweet Cherry SCR6. Baca review stroller pun macam ok. Rupa pun cun! Harga pun tak der lah sampai beribu-riban!

Kat lazada buat masa ni out of stock.

Aku tahu produk Sweet Cherry ni biasanya ada jual kat AEON. So, ada satu malam tu, aku ajaklah enche Neezam ke AEON Seremban 2. Tapi aku tak bagitaulah aku nak cari SCR6 ni. Huhuhu...

Bila sampai kat baby section kat AEON, dari jauh lagi dah nampak kelibat SCR6 ni.

OMG! My stoller idaman!

Pastu tengok dekat-dekat ada tanda harga besar kemain kat stroller tu

RM599

Seriously?!

Aku tanya kat sales girl India kat situ "ada offer ke ni?". Dia kata "ya kak. Harga asal RM899. Offer sampai hujung bulan March sahaja!"

Gumbiranyalah rasa hati ni. Wajib beli! Tapi...

Enche Neezam berkenan stroller lain pulak...

Sweet Cherry jugak... model pun lebih kurang sama dengan SCR6, jenis 3 roda cuma roda belakang dia kecil, sama saiz dengan roda depan. Kalau SCR6 ni, roda depan saiz dia kecil, yang dua belakang besar sikit. Harga stroller yang enche Neezam berkenan tu RM499 jer. Alaaaaa... beza RM100 jer!

Tapi... alhamdulillah... nasib baik ada salesgirl India tu. Dia tengok aku berkenan yang lain, enche Neezam berkenan yang lain, terus jer dia buat strategi pemasaran dia. Cucuk jarum baeeeeeek punyer!

Dia kata SCR6 tengah ada offer dan boleh save RM300! Then berbanding dengan stroller yang enche Neezam berkenan tu, SCR6 ni boleh pusing seat dia mengadap ke belakang. Maksudnya, baby boleh mengadap kiter masa kiter tolak stroller tu. Yang enche Neezam berkenan tu tak buleh pusing.

Dan seat dia boleh tukar dengar car seat Sweet Cherry SCR7, macam kat gambar atas ni. Cuma car seat tu harga dia berasingan. Masa tengah offer hari tu kalau seingat aku dia kata RM217.

Baik punyer marketing strategy. Hehehehe...

Akhirnya, enche Neezam mengalah dan redho.... huhuhu... kitorang ambik jugak SCR6 ni. Yahooo!!!

Well... mom's choice is always the best! Hehehhehe...

Mission accomplished!

Pasal car seat tu... actually offer dia agak menarik jugak. Boleh jadi stroller dan car seat. Cumanya salesgirl tu kata car seat tu sesuai untuk newborn hingga baby 1 tahun jer. So, macam sekejap jer lah boleh pakai kan. Tapi actually, aku macam nak grab jugak sebab aku pikir, lepas setahun nanti boleh cari car seat lain dan yang itu boleh jual as preloved ke kan. Tapi masa tu kat situ, warna merah dah out of stock. Tinggal warna putih dah hijau jer. Hmmm... tak nak lah.

Aku tengok-tengok kat lazada pun ada jugak car sear SCR7 ni. Harga hanya RM211 jer! Ingat nak grab jugak satu tapi sekarang ni out of stock jugak yang warna merah. Hmmmm... kalau ada nanti... aku akan beli jugak satu.

Shhhhhh... Jangan bagitau enche Neezam tau! Hehehehe...

Bagi aku dan enche Neezam, stroller ni memang satu keperluan, bukan sekadar kehendak. Lebih-lebih lagi kitorang ni memang jenis suka merayap.

Dulu masa mengandungkan Niesreena pun, awal-awal lagi kitorang dah cari stroller. Masa tu nak merantau ke Melbourne. So, memang cari kat Malaysia sebab takut stroller kat Melbourne mahal.

Ni first stroller yang kitorang beli.

Jenama apa ntah. Aku pun dah tak ingat.

Tapi stroller ni memang bagus. Lama kitorang pakai, sampailah Naufal lahir kat sana jugak, 3 tahun kemudian.

Yang aku suka sebab stroller ni ada penutup kaki tu. So, masa winter, baby akan rasa warm jer dalam stroller.

Bila dah ada 2 orang anak, kitorang cari stroller yang boleh naik dua-dua anak pulak.

Senang... tolak sekali jer. Tapi stroller ni besar dan agak berat. Masuk kereta Charade kitorang yang comel tu, penuh bonet!

Bila balik Malaysia sekejap, kitorang cari stroller lain. Yang lebih handy, lebih ringan. Senang nak angkut turun naik tramp. So, kitorang pilih Sweet Cherry.

SCR berapa ntah ni, aku pun tak ingat. Memang ringan dan senang sangat nak pasang dan lipat. Kitorang memang suka stroller ni. Tapi masalahnyer... bila budak berdua tu tidur, sorang jer boleh letak dalam stroller, sorang lagi kena dukung.

So, cari stroller lain lagi.

Next, stroller 'payung' 2 seated!

Lagi ringan. Lagi handy. Dua-dua orang boleh duduk!

The best stroller we ever had!

Yang bawah ni stroller last masa kat Melbourne. Rasanya beli kat garage sale atau jumpa tepi jalan jer kot. Tak ingat dah. Hehehehe...

Panjang pulak post kali ni... Nak cerita pasal stroller jer. Hehehehe...

Apapun... Alhamdulillah... akhirnya dapat jugak stroller idaman untuk baby Khairun yang bakal tiba. Memang puas hati sangat bila dapat apa yang kiter nak. Lebih-lebih lagi dapat diskaun banyak dan orang yang bayar! Hehehehe...

Terima kasih enche Neezam sebab tunaikan impian mama... Love you so much lah!!!

Tuesday, March 28, 2017

Sambutan Earth Hour : Usaha didik generasi muda hargai alam

Bersempena dengan sambutan earth hour pada 25 March yang lepas, enche Neezam ada menulis artikel berkaitan dan seperti biasa disiarkan kat sisipan Minda Harian Metro yang disiarkan hari ni.

Untuk bacaan artikel penuh dan lebih jelas, boleh klik di link bawah ni:-

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170328/283330407152361

Semoga bermanfaat!

Sunday, March 26, 2017

Minggu 32 | Persediaan bilik berpantang

Alhamdulillah... hari ni genap dah 8 bulan!

Beberapa minggu jer lagi nak jumpa dengan si baby comel ni.

Tak sabar dah mama.

Walaupun ada sebulan jer lagi nak bersalin, tapi bila jumpa orang kat luar, ramai yang tegur "tengah tunggu hari ker? Perut besar dan nampak macam dah jatuh." Waaaa... terserlah sangat lah perutku yang extra besar ni. Huhuhu...

Aku pun sebenarnya dah rasa semakin tak larat dah nak bawak perut besar ni. Nak berjalan banyak pun tak larat, turun naik tangga pun dah tak larat, driving gi kerja pun rasa macam dah tak larat. Hmmmm... ambik cuti sebulan awal boleh tak? Huhuhu...

So, sementara masih larat dan dilarat-laratkan ni, semalam aku dah mula prepare bilik untuk berpantang, keluarkan baju-baju dan keperluan baby yang baru beli yang masih dalam beg-beg plastik, mendobi baju-baju baby dan kemas-kemas sikit apa yang patut.

Bilik berpantang kali ni kat tingkat bawah. Senang. Tak payah nak turun naik tangga.

Actually, ni bilik tetamu. Tiga bilik lagi... master bedroom, bilik Niesreena dan bilik Naufal sumer kat atas. Tapi dah bersalin nanti, Niesreena dan Naufal kata nak sama-sama tidur kat bilik bawah ni dengan baby.

Boleh... boleh jaga baby sekali tengah malam. Hehehehe...

Setakat ni alhamdulillah... segala keperluan asas untuk baby dah boleh kata lengkap laaa. Yang asas-asas jer dulu. Letak jer kat rak macam ni senang capai baju-baju.

Bila dah susun-susun, baru terasa nak cari bakul-bakul kecik untuk letakkan barang yang kecik-kecik macam barut, mittens, topi, stokin dan lain-lain yang kecik-kecik tu lah.

So, kitorang ke Nilai Home Center. Dapatlah bakul-bakul putih tu. Just nice! Sepadan dengan rak. Actually rak pun beli kat tempat yang sama... a long time ago!

Bekas pampers ni pun beli kat tempat yang sama. Very handy. Satu pack pampers boleh campak jer terus kat dalam bekas tu.

Penutup bekas ni boleh tolak ke dalam. So, waktu nak ambik barang, atau susun barang dalam tu tak perlulah nak pegang penutup dia. Bagus kan?

Bekas ni ada tiga saiz. Yang aku punyer ni paling besar. Boleh susun bertingkat-tingkat kalau beli lebih dari satu. Sangat tersusun!

Barang-barang lain, aku masuk jer dulu dalam bakul. Nanti carilah tempat yang sesuai nak letak.

Lega dah siap kemas barangan baby. Lepas ni nak kena kemas beg untuk ke hospital pulak!

Saturday, March 25, 2017

Gulai Omak Den... terbaek!

Aloooo... aloooooo...

Selamat berhujung minggu korang sekalian! Dah nak habis cuti sekolah. Mesti masing-masing sibuk dengan persediaan ke sekolah pulak kan.

Hujung minggu ni kitorang tak plan kemana-mana pun.

Plan hari ni ialah mengemas rumah... overhaul setiap pelusuk! Luar dan dalam rumah! Memandangkan Niesreena dan Naufal pun tak der kat rumah, senang sikit nak buat kerja. Tak der orang nak buat sepah dan tak der orang yang asik nak mintak makan jer. Huhuhu... So, buatlah kerja dengan aman.

Insya Allah esok baru Niesreena dan Naufal akan balik dari kampung. Mak tok dan ayah tok hantar balik.

Rindu sebenarnya kat budak berdua tu.

Sangat!

Hari ni enche Neezam memang sangat busy. Lepas satu kerja, satu kerja lain dia buat; potong rumput, vakum rumah, mop rumah, basuh toilet. Aku tolong sikit-sikit jer. Tapi ada benda yang aku buat dan aku rasa seronok. Hehehehe... Esoklah aku citer... Sebab tak settle lagi.

Punyalah busy buat kerja rumah, sedar-sedar dah dekat pukul 3 petang. Perut pun dah mula berkeroncong.

Ikutkan plan pagi tadi, nak pergi ke kedai makan kat Gulai Omak Den. Tapi dah pukul 3 petang, risau pulak makanan dah habis. Aku cakap dengan enche Neezam, kiter try jer pergi. Kalau ada rezeki, ada laa... kalau tak kang kiter gi tempat lain.

Bila aku cari dalam waze, tengok kedai bukak sampai pukul 6 petang! Yey! Alhamdulillah...

Actually kedai Gulai Omak Den ni dulu dekat jer kat Nilai ni. Tapi diorang dah pindah kat LBJ, so hari ni first time laaa nak try kat sana. Tu yang kena guna waze. Nasib baik just search 'gulai omak' jer... den jumpo!

Apa yang special kat sini?

Tentulah masakan minang dan nogori sombilan. Masak lomak cili padi memang terbaek!

Tengoklah lauk yang kitorang ambik ni ha.... berlomak-lomak!

Masak lomak siput sedut dengan sayur batang keladi, masak lomak daging salai, ikan keli goreng dan sambal dia memang sedap giler! Dan first time aku try masak lomak betik as suggested by the owner. Memang terbaik! Sambal belacan dia pun sedap, lengkap dengan ikan masin. Perggghhh...

Hashtag #akusuka! Hahahha...

Bertambah special lagi kat sini, ada cendol durian!

Alhamdulillah... ya Allah! Habis sumer?! Makan berdua jer... nasi 3 pinggan! Huhuhu... Eh! Bukan aku sorang 3 pinggan. Aku 1 + 3/4 pinggan. Enche Neezam 1 + 1/4 pinggan. Huhuhu... Baby siap tendang-tendang dalam perut suruh mama dia berhenti makan sebab dah sempit dah dalam perut! Huhuhu... Sabarlah yer anak...

Pedas... tapi sedap. Nasib baik ada disediakan air sirap FOC. Bercawan-cawan den minum! Huhuhu...

Well, harga kat sini, aku boleh kata berpatutanlah. Klik gambar kat bawah ni untuk besarkan.

Untuk sampai kat kedai ni, korang boleh cari jer kat waze. Search 'Gulai Omak Den' mesti jumpa. Kedai ni terletak di Kg Jijan Hilir, dekat Felda LBJ.

Mai cuba jangan cuba!

Friday, March 17, 2017

Minggu 31 | Nak ikat ke tidak? BTL...

السلام عليكم

Hari ni kandungan aku dah masuk minggu ke 31.

Insya Allah... lebih kurang 7 minggu jer nak bersalin ni. Perasaan bercampur baur; nervous + excited! Hahahaha...

So, macam yang aku pernah cerita sebelum ni, baby aku memang terlajak sehat... membesar bagai johan dalam perut ni haa...

Ikut ukuran scan... baby besar 2 minggu. Sebab apa besar? Aku pun tak sure... doktor pun tak berapa sure... Dah buat ujian kencing manis, minum air gula 2 kali sebelum ni memang normal. Alhamdulillah... Hmmmm... Insya Allah tak apa-apa... cuma baby memang happy membesar jer kot. Huhuhu...

Disebabkan baby besar, so semalam, aku ada appointment dengan doktor pakar O&G, Dr Suriyati, kat klinik kesihatan untuk tentukan bebetul usia baby dalam kandungan. Lama jugaklah jumpa doktor kali ni. Banyak jugaklah soalan-soalan tentang sejarah kesihatan keluarga yang doktor tanya. Doktor jugak buat detail scan. Lama betul scan kali ni. Sebabnya doktor scan bebetul detail dan baby aktif pulak bergerak masa scan tu. Susah nak cari anggota badan.

Terkejut aku bila doktor kata baby besar 3 minggu. Huh! Semakin membesar! Tak tahu lah nak cuak atau nak happy. Huhuhu... Berat dah 1.9 kg. Tapi alhamdulillah... baby nampak normal dan sihat. Dengar degupan jantung baby pun normal. Baby pun dah tak songsang. Yey!

Akhirnya doktor Suriyati kata usia kandungan sehingga hari ni ialah 31 minggu berdasarkan saiz panjang kaki baby. Kata doktor, biasanya ukuran bahagian ni yang paling tepat. Cuma lain-lain bahagian baby macam kepala, perut, badan, tangan memang besar antara 2-3 minggu.

So, compomlah usia baby 31 minggu dan due date aku ialah 20 May. Cuma sebab aku akan cser so due date akan cepat 2 minggu. Tarikh sebenar bakal diketahui bila dah jumpa dengan doktor kat Hospital Putrajaya 17 April akan datang ni. Insya Allah...

Selain tentukan usia kandungan, doktor jugak tanya samada aku merancang ini adalah anak yang terakhir. Hmmmm... actually, aku dah bincang pasal benda ni dengan suami, mak dan mak mertua aku. Diorang kalau boleh semua nak kitorang tambah at least seorang lagi. Aku pulak masih berkira-kira... ye lah... sebab aku yang nak kena carry baby 9 bulan dalam perut kan... tapi aku fikir, kalau dapat sorang lagi pas ni... kalau dapat perempuan best gak; 2 perempuan, 2 lelaki.

Enche Neezam pun kalau boleh nak ada seorang lagi. The more the meriah katanya! Huhuhu...

Tapi at the same time, aku fikir, sekarang umur aku 37, by the time boleh ada anak lagi at least kena gap 3 tahun. Huh! Masa 40 tahun nak mengandung lagi?

Seriously?

Larat ke nak bawak perut masa tu? Sekarang ni pun dah rasa macam dah tak larat.

Nanti aku umur 50 tahun, anak baru umur 10 tahun. Bila enche Neezam pencen, anak tak habis belajar lagi?! Gulp... betul ke nak anak lagi lepas ni?

But yet... kalau boleh aku nak anak lagi! Jeles tengok orang anak ramai-ramai. Masa kecik memang penat nak jaga tapi dah besar seronok adik-beradik ramai ni.

Bila aku bagitau doktor yang aku merancang untuk ada seorang anak lagi selepas ni. Doktor terus cakap "Wow..."... Hmmmm... apa maksudnya tu? Mesti dia kagum dengan cita-cita aku. Huhuhu...

Memandangkan aku akan c-sec untuk kali ketiga lepas ni dan faktor usia... doktor Suriyati sebagai doktor pakar memang tak menggalakkan aku untuk ada baby lagi lepas ni dan mencadangkan untuk aku melakukan kaedah bilateral tubal ligation (BTL) atau bahasa pasarnya 'ikat' jer.

Dia bagitau antara risiko-risiko yang mungkin berbahaya untuk aku mengandung lagi lepas ni. Antaranya ialah keguguran dan kerosakkan rahim. Panjang lebar jugak doktor jelaskan risiko-risiko. Tapi pada masa yang sama... aku terfikir "ada jer kawan yang cser tapi anak sampai empat-lima".

Aku bagitau doktor yang aku tak boleh buat keputusan sekarang dan benda macam ni kena berbincang betul-betul dengan keluarga terutamanya suami.

Selain kaedah ikat ni, doktor jugak mencadangkan kalau aku tak nak ikat, aku boleh guna Intrauterine Device atau IUD. Dengan kaedah ni, diorang akan letak satu alat kat dalam rahim. Erk... macam seramlah pulak.

Dan satu kaedah lagi ialah dengan menggunakan Implanon.

Implanon ni pulak ialah satu implan yang ditanam di bawah kulit lengan untuk mengelakkan kehamilan.

Dengan kedua-dua kaedah ni, boleh mengelakkan kehamilan antara 3-5 tahun. So, kalau merancang untuk hamil lagi, boleh keluarkan ajer bendalah tu kat klinik.

Tapi kalau ikat... maksudnya... aku memang tak kan boleh mengandung lagi. Kalau nak mengandung lagi pun, kena lakukan pembedahan untuk buka semula ikatan dan agak menyusahkan lah kan... nak kena buat pembedahan lagi bagai...

So, sekarang ni, dah beberapa kali berbincang... tapi masih tak conform lagi dengan keputusan. Insya Allah sebelum ke Hospital Putrajaya nanti kitorang akan cuba buat keputusan akhir.

Apapun... rezeki daripada Allah... kiter merancang, Allah yang menentukan. Yang terbaik ialah buat solat istiharah. Insya Allah... keputusannya... korang akan tahu nanti...

Thursday, March 16, 2017

Gendang gendut tali kecapi...

... kenyang perut senang hati!

Sesekali mak buyung nak layan boomerang... dengan kawan yang sama naik! Huhuhu...

video

Tadi ada celebration 20th years anniversary company... So ada laaaa makan-makan sikit... Happy time laaaa...

Kenyang giler... happy giler... Alhamdulillah... Seronok sekali sekala release tension kerja dengan kengkawan... happy happy sejam jer... Pastu sambung ngadap kerja balik yer...

Huhuhu...

Anyway...

Happy 20th birthday, CTI!

More money, more wealth, more bonus!!!

Tuesday, March 14, 2017

Tidur sekejap cas tenaga waktu siang

السلام عليكم

Artikel enche Neezam mingu ini di Harian Metro, sisipan Minda.

Bestkan tajuk?

Terus rasa nak tidur siang sekejap kat opis. Heheheheh...

Untuk bacaan artikel penuh, boleh klik sini:-

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170314/282084866609337

Semoga bermanfaat!

Saturday, March 11, 2017

My busy man

Isnin - Jumaat pukul 7 pagi hantar budak2 gi sekolah dia terus gi opis.

Pukul 6.30 petang aku yang kerja kat Shah Alam dah sampai rumah, dia yang kerja 8 km jer dari rumah pun x sampai2 rumah lagi...

Setiap hari lepas Isya' dok mengadap kerja semula...

Sabtu Ahad, rumah jadi opis.

Petang ni teman pakcik manja sorang ni kat opis sebab tak puas mengadap muka comel dia...

Dia Dr Khairunneezam Mohd Noor.

#redhaseorangisteri #ingatsenangjadipensyarah?

Friday, March 10, 2017

Minggu 30 | Batuk yang memenatkan

Ya Allah! Minggu ni, sehari jer aku kerja...

Isnin settlekan urusan kat Hospital Putrajaya. Selasa demam dan batuk... Rabu rasa macam sehat sikit, aku gi kerja. Tapi rasa letih dan tak sehat jer kat office. Batuk berpanjangan dan semakin teruk, sampai terkencing-kencing! Khamis ke klinik semula dan dapat mc sehingga hari Jumaat.

Actually dah mula batuk sejak beberapa minggu yang lepas, tapi tak lah teruk sangat. Aku dok makan madu jer nak hilangkan rasa batuk. Tapi bila batuk dah jadi semakin teruk, makan madu pun tak jalan, sampai demam-demam, akhirnya terpaksalah ke klinik jugak.

Dapat ubat batuk dan ubat sakit kerongkong, memang melegakan!

Harap-harap berehat panjang kat rumah ni, batuk akan berkurangan dan hilang terus!

Teringat masa mengandungkan Naufal dulu. Sejak mengandung dari usia 4 bulan hinggalah sehari sebelum bersalin, asyik batuk jer. Makan ubat batuk pun tak menjadi. Orang kata batuk tu sebab pembawakan budak.

Masa nak bersalin tu memang risau sangat. Sebab aku bersalin cser. Kalaulah batuk teruk lepas bersalin, mahu terbukak semula jahitan. Oh! Seram!

Tapi alhamdulillah... walaupun pagi sebelum bersalin masih batuk-batuk, tapi lepas bersalin memang batuk terus hilang. Bersyukur sangat!
Kali ni... harap-harap tak lah macam tu lagi. Penatlah batuk...

(-_-)

Thursday, March 9, 2017

Bantu tangani gangguan seksual di tempat kerja

Artikel enche Neezam minggu ni di Harian Metro, sisipan Minda.

Untuk bacaan lebih jelas, boleh klik sini:-

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170309/281994672286997

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top