♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, February 11, 2017

Minggu 26 | Nama baby

السلام عليكم

Alhamdulillah minggu ni kandungan aku dah masuk minggu ke 26 bersamaan 6 bulan 2 minggu. Cepat jer rasa dah masuk 6 bulan... lagi 2 minggu dah jadi 7 bulan... pastu lagi 2 bulan jer lagi baby nak keluar... Insya Allah...

Haaa... bila dah tahu jantina baby... aku dan enche Neezam mulalah dok fikir-fikir nama baby boy dengan lebih teliti. Apa agaknya nama baby yang sesuai ya?

Yang pastinya... nama baby mesti bermula dengan Khairun sama seperti kakak dan abang dia. Kemudian mesti diiukuti dengan nama bermula dengan huruf 'N'.

Dulu sebelum tahu jantina baby pun, kitorang dah mula cari-cari nama baby yang sesuai... nama baby boy dan baby girl.

Aku ingat kalau dapat baby girl hari tu, nak lah namakan baby Khairunneelofa... haahhahaha.. tapi enche Neezam tak nak!

Tapi memang tak der rezeki untuk baby girl... kali ni baby boy! Alhamdulillah... lega enche Neezam... hehehhe...

Cari nama baby ni sebenarnya bukannya semudah yang difikirkan. Kadang-kadang tu bila kiter suka, husband tak suka... bila husband suka, wife pulak tak suka.

Yang kelakarnya, macam aku dan enche Neezam, ada nama-nama yang aku tak suka sebab nama tersebut sipi-sipi jer dengan nama orang yang aku tak berapa berkenan. Begitu jugak dengan enche Neezam. Haaaiiissshhh... payah!

Bila pikir-pikir balik, susah sebenarnya nak cari nama start huruf 'N' ni. Tak banyak pilihan. Hahahhaa... ye ke? Ke sebab terlalu memilih?

Khairunniesreena... Masa cari nama Niesreena macam senang jer. Enche Neezam bagi satu list nama-nama bayi perempuan start huruf 'N', terus jer jatuh hati dengan nama Niesreena.

Begitu juga dengan Khairunnaufal. Enche Neezam bagi list nama-nama bayi lelaki dan kitorang sama-sama setuju dengan satu nama yang sama... Naufal!

Khairunniesreena bermaksud sebaik-baik bunga mawar putih kami dan Khairunnaufal bermaksud sebaik-baik dermawan. Sampai sekarang rasanya jarang dengar budak nama Niesreena, tapi kalau budak nama Naufal... ramainyaaaaa... dalam kelas Naufal pun ada 2 orang Naufal; Khairunnaufal dan Muhammad Naufal.

Nak cari nama baby kali ni... hmmmmm... susah sikit... antara yang kitorang shortlisted kan...

Neeyaz = doa, harapan
Nabhan = perwira, mulia, terkenal
Nabeel = mulia, cemerlang
Nufail = pemberian, hadiah
Nafeez = yang melaksanakan

Tapi rasanya... kitorang dah setuju dengan satu nama tu. Insya Allah... itulah nama dia...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top