♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, February 3, 2017

Minggu 25 | Baby besar > Due date lari > Full detailed scan

Minggu 25... Ye ke 25? Hahahhahaha...

Semalam baru jer buat check-up kat klinik kesihatan.

Pukul 7.30 pagi lagi dah sampai kat klinik tapi dah ramai sangat orang. Huhuhu... Sabar jer lah...

Semalam kena minum air gula kali kedua. Pertama kali buat ujian air gula masa minggu ke 15. Alhamdulillah... result OK. Tak der kencing manis.

Kali kedua ni rasa berdebar-debar sikit sebab lepas minum air gula, doktor buat scan pulak. Doktor kata baby besar. Ada kemungkinan baby terkena diabetis.

Nauzubillah... Harap dijauhkanlah!

Doktor kata kalau ikut scan usia kandungan aku dah 27 minggu. Means besar 2 minggu. Doktor ukur berdasarkan panjang tulang peha baby.

Doktor sempat jugak tanya history keluarga. Alhamdulillah... keluarga aku dan enche Neezam tak der yang ada penyakit kencing manis. Dan masa Niesreena dan Naufal keluar dulu pun tak der lah besar sangat. Masing-masing 3.06 dan 3.1 kilo jer.

So, doktor refer aku kat pakar O&G. Insya Allah appointment lagi 2 minggu. Apa-apa pun kena tunggu result air gula hingga lewat petang tadi. Nurse kata, kalau klinik tak der call, maksudnya, kandungan gula normal. Dan alhamdulillah... sekarang dah jam 10 malam. Memang tak der dapat call dari klinik pun. Maksudnya, tak der lah diabetis. Syukur alhamdulillah... Syukur sangat-sangat, ya Allah!

Cuma aku tetap kena refer kat pakar untuk pemeriksaan lanjut keadaan baby dan dapatkan tarikh due date yang lebih tepat.

Lepas check-up semalam, aku mula rasa tak tenteram. Biasalah bila kiter tahu baby tak membesar normal, memang rasa cuak sikit.

Masa mula-mula pregnant hari tu, first scan, dalam minggu ke 6, cuak jugak sebab bila scan baby kecik. Sekarang ni, rasa cuak sebab baby besar pulak. Huhuhu... Apapun... semua ni kuasa Allah... Yang penting, kena banyak berdoa agar baby sihat-sihat jer. Selagi baby sihat, tak kesahlah kalau baby besar, sebab apa-apa pun, baby kena keluar lalu tingkap jugak. Huhuhu...

Lepas habis check-up kat klinik kesihatan semalam, aku terus gi ke Klinik Masya untuk buat full detail scan. Tak sempat-sempat nak tunggu enche Neezam habis kerja. Aku gi sendiri jer.

Kat klinik Masya, aku mintak full detail scan. So, masa scan tu, Dr Masya memang sangat detail. Doktor kata memang baby aku besar 2 minggu dan air ketuban lebih banyak daripada sepatutnya. Ini adalah tanda-tanda ada diabetis. Risau jugak aku mendengarnya. Apapun doktor kata, tunggu result air gula dari klinik kesihatan.

Then doktor dengarkan bunyi jantung. Alhamdulillah... normal. Tengok injap jantung, cukup 4 saluran. Tengok tali pusat, alhamdulillah, tak terbelit kat baby. Uri kat atas. Kira panjang tulang tangan dan peha. Kira ukuran diameter kepala dan perut. Dan macam-macam lagi lah! Memang puas hati dengan Dr Masya.

Aku ingat nak buat 4D scan gak. Tapi muka baby mengadap ke bawah pulak. Doktor cuba gerak-gerakkan baby. Kot-kotlah baby nak pusing ke kan... Tapi baby tak nak pun tunjuk muka comel dia. Huhuhu... So, tak bolehlah nak buat sebab takkan nampak muka. Next time lah...

Alhamdulillah... semuanya normal kecuali baby besar jer lah.

Sekarang ni tengah pening sebab tak sure tarikh due bila. Huhuhu...

Apa pun, tunggulah 2 minggu lagi. Check dengan doktor pakar pulak.

Tolong doakan yang baik-baik yer...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top