♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, February 13, 2017

Day 2 @ Legoland | Themepark sehari suntuk!

Day 2 @ Legoland!

Pagi ni kitorang terus check-out dari hotel. Lepas bersarapan, kitorang terus ke Legoland.

Khairuns masih lagi excited... Mama dah feeling exhausted! Huhuhu...

So, hari ni kitorang plan nak pusing-pusing kat themepark sahaja. Semalam dah puas kat waterpark.

Memandangkan hari ni hari Isnin, memang tak ramai sangat orang! So, best laaa diorang dok main sebab tak payah nak beratur panjang-panjang dan boleh naik berkali-kali!

Hari ni jugak Niesreena dan Naufal cuba laksanakan mission robotik Legoland. Alhamdulillah... berjaya diorang buat! Tengok kesungguhan dua beradik ni bekerjasama... obviously, Naufal more to technical dan Niesreena more to calculation.

Bila semua missions dah berjaya diselesaikan, barulah boleh dapat certificate of achievement. Congrats Niesreena dan Naufal!

Diorang paling excited dan tak sabar nak ambik lesen memandu ni sebenarnya. Last time, Niesreena jer boleh memandu kat driving range ni. Naufal gi kat tempat junior. Sedih jer Naufal. Kali ni, hmmmm apa lagi... tak sabar sangat nak memandu kat tempat lebih luas!

At the end, lepas kelas memandu dan ujian memandu acah-acah tu, diorang dapatlah lesen memandu. Huhuhu...

Kat technic ni, 7/8 kali diorang naik! Tak pening ke?

Ayah layankan jugaklah bila anak-anak beria-ia suruh join the ride! Huhuhu...

Nampak tak muka redhooooo enche Neezam kat situ. Huhuhu...

Tengok persembahan pentas Ninjago.

Dan movie 3d! Best!

Diorang masuk Ninjago The Ride lagi!

Seriously hari ni aku memang penat sangat berjalan. Kat tempat miniature lego tu pun kitorang tak singgah sebab tak larat! Tak per... last time dah round kat situ dan next time pun boleh gi lagi. Insya Allah...

Alhamdulillah... puas berpoya-poya kat Legoland dua hari ni. Lepas ni fokus kerja! Fokus study yer anak-anak!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top