♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 12, 2017

Day 1 @ Legoland | Themepark, Ninjago The Ride & Waterpark

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan oleh bebudak Khairuns ni... termasuklah ayah dia... tiba jugak. Dah lama dah Naufal dan Niesreena asyik dok tanya "bila nak gi Legoland?" Hmmmm... akhirnya dah last-last minute macam ni terpaksalah gagahkan diri jugak untuk ke Legoland.

Actually, kitorang beli annual tiket Legoland ni pada bulan September yang lepas masa kitorang gi JPO. Kebetulan Legoland ada buat promotion untuk Premium Annual Pass kat sana. Harga masa tu ialah RM180 untuk kanak-kanak dan RM225 untuk dewasa. Bila kira-kira, memang berbaloilah beli. Sebab harga Premium Annual Pass Legoland sekarang ni ialah RM495 seorang sama jer harga kanak-kanak dan dewasa. Banyakkan bezanya? So... banyaklah kitorang jimat.

Untuk tiket rujuk sini: https://www.legoland.com.my/book-visit/day-tickets/

Dan masa tu tak tau lagi aku pregnant, walaupun masa tu dah pregnant... masih awal lagi... Kalau tahu pregnant, mungkin kitorang tak beli kot tiket Legoland tu. Ye lah... aku mana boleh main bendalah sumer kat themepark tu... huhuhu...

So, once dah beli tiket kat JPO hari tu, kitorang kena activatekan sebelum bulan 3 ni. So, nak tak nak terpaksalah ambil masa bulan 2 ni untuk ke sana jugak. Walaupun aku rasa dah memang tak larat nak jalan.

So, semalam, lepas enche Neezam habis ceramah 3 jam kat Batu Pahat, kitorang terus gerak ke JB. Aku booking hotel kat Hotel Ariana @ Iskandar. Macam biasa aku book hotel dengan agoda.com. Hotel Ariana ni terletak di Nusajaya dan memang sangat dekat dengan Legoland.

Lepas berehat sekejap, kitorang gi jalan-jalan cari makan ke Stulang. Sebelum ke tempat makan, kitorang lepak dulu kat tepi pantai Stulang ni. Cuaca mendung jer, angin pun sepoi-sepoi bahasa. Memang best laaaa... Teringat masa zaman bercinta dulu. Ni lah antara port lepak aku dan enche Neezam. Huhuhu...

Hampir maghrib, kitorang baru gerak ke tempat makan favorite kitorang. Kalau gi JB, mesti singgah sini. Sebab memang sedap!

Subuh tadi, macam biasa, Niesreena dan Naufal lepas solat subuh memang tak reti nak tidur balik. Lebih-lebih lagi hari ni diorang tahu kiter nak ke Legoland, lagilah mata tu bular jer. Senang jer bersiap.

Sebelum bertolak ke Legoland, kitorang makan dulu kat mamak yang berhampiran. Isi perut dulu!

Perjalanan dari hotel ke Legoland cuma mengambil masa 10 minit jer. Niesreena dan Naufal exited bila tengok hotel Legoland yang tersergam dari jauh.

Ini kali kedua kitorang ke sini. Last time kitorang datang tahun 2014. Masa tu Naufal tak cukup tinggi, so banyak mainan yang dia tak dapat main. Huhuhu... So, tahun ni dah cukup tinggi dah nak main semua.

So, dah sampai sana, kitorang buat Premium Annual Pass dulu.

Tengok! Betapa happynyer diorang!

Hari ni plan nak gi themepark sebelah pagi dan waterpark selepas lunch. Esok, kiter habiskan round themepark jer puas-puas pulak!

Mama... dua hari ni terpaksalah jadi penunggu. Hmmm... bolehlah pakai hastag
#biarakujadipenunggu

Huhuhu... Ok lah... Asalkan korang bahagia.

Alhamdulillah... cuaca hari ni mendung jer... memang tak panas langsung! Cuma sekali sekala gerimis sikit.

And the best part is
tak ramai orang!!!

My Khairuns dok main rides kat themepark ni berulang-ulang kali... tak payah nak beratur pun! In fact, diorang tak turun pun dari rides tu... duduk jer main berkali-kali!

Yang terbaru di Legoland ialah Ninjago The Ride. Aku dapatlah main bendalah ni sekali.

Mama tak boleh nak join main rides sumer, so mama main lego jer lah sementara tunggu korang.

video

Haaa... nampak tak mak buyung dah penat tersandar dah!

Dah lepas makan tengahari, kitorang gerak ke waterpark pulak.

Tengok gambar bawah ni. Tiada siapa melainkan aku... Hahahahha... Ini Legoland aku yang punyer!

Huhuhu... bukanlah tak der orang langsung. Tapi memang tak ramai orang.

Kat sini dapatlah aku rehat dan tidur sekejap. Bebudak dengan bapak budak hilang entah kemana. Diorang gi main slides. Tak larat nak ikut untuk tangkap gambar. So memang tak der gambarlah... Tapi puaslah diorang main slides.

Dah... moh ler kiter balik... Esok kiter sambung lagi yer...

Ooooo... malam tu kitorang sempat pekena steamboat kat depan dataran Johor Bahru. Makan panas-panas... memang terbaik!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top