♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 26, 2017

Minggu 28 | Baby songsang

السلام عليكم

Alhamdulillah kandungan dah masuk bulan ke 7. Baby sangat aktif dalam perut dan dah terasa dia 'mengeras' sekarang... Bila baby mengeras, terasa nak jerit jer. Huhuhu...

Lupa nak mentioned, last time masa scan, baby songsang. Kepala baby kat belah kanan perut aku dan punggung kat bawah kiri perut aku.

Apapun, doktor kata jangan risau, sebab masih ada banyak minggu untuk baby pusing-pusing kepada keadaan yang sepatutnya. Tak perlu nak pergi urut bagai. Yang penting, uri kat atas. So tak lah risau sangat.

Harap-harap scan lagi akan datang nanti baby dah tak songsang.

Ameen.

Friday, February 24, 2017

Hapus stigma kakitangan kerajaan suka keluar minum

Setelah sekian lama enche Neezam tak menulis, akhirnya, hari ni keluar jugak air tangan enche Neezam di harian metro. Lengkap ada muka comel enche Neezam kat situ. Huhuhu...

Tajuk artikel enche Neezam kali ni ialah 'Hapus stigma kakitangan kerajaan suka keluar minum'. Untuk artikel penuh, boleh klik sini.

Semoga bermanfaat.

Wednesday, February 22, 2017

Haaaaa... terkejut?!

Tengah duduk-duduk tengok tv... tetiba baby Khairun bergerak dengan rakusnya dalam perut mama. Terus tarik tangan enche Neezam, letak atas perut mama... kejap tu... toing! Tendangan hebat baby Khairun betul-betul kat tapak tangan ayah!

Hahahahah... terkejut dan terkesima enche Neezam!

Kelakar plak tengok muka enche Neezam terkejut. Haaaa... bayangkanlah pulak macam mana rasanya orang yang mengandung ni rasa hari-hari si kecik ni dok aktif sepak-sepak. Huhuhu...

Niesreena dan Naufal pun dah pernah rasa tendangan hebat baby Khairun... terkejut jugak diorang!

Monday, February 20, 2017

Minggu 27 | Golek... tendang... tumbuk... siku... adeh!

Ya Allah! Baby Khairun sejak akhir-akhir ni memang tersangat-sangat-sangat aktif! Macam main bola sepak dalam perut mama. Huhuhu...

Senak rasanya!

Tapi alhamdulillah... baby aktif... maksudnya baby sehat! Membesar bagai johan!

Minggu ni usia baby dalam kandungan dah masuk minggu yang ke 27. Perut aku pun dah terasa tegang dan padat sangat. Tak tahu macam mana boleh besar lagi ke perut aku ni dalam tempoh lebih kurang 10 minggu lagi ni.

Lepas gi check-up hari Khamis lepas, doktor suruh buat pengiraan pergerakan seharian baby. Setiap hari kena bermula pada jam 9 pagi dan bila genap baby gerak 10 kali, kena catatkan masa pergerakkan yang ke 10 tu.

Tapi baby Khairun, setiap hari jam 5.30 pagi dah mula gerak dah. Mama bangun, baby Khairun pun bangun. Setiap jam mesti terasa pergerakkannya. Sampaikan bila nak tidur kalau baby bergerak, memang susahlah nak lelap mata, walaupun mengantuk. So, kenalah usap-usap perut... then cakap dengan baby... "esok gerak-gerak lagi eh... sekarang ni mama nak tidur..." Pastu tepuk-tepuk sikit, macam nak tidurkan baby... Huhuhu...

Pagi tadi jugak sempat ke klinik Masya untuk cubaan kali kedua nak buat 3D/4D scan. Tapi... memang tak der rezeki... macam last time pergi scan, baby masih mengadap ke bawah. Memang tak boleh nak nampak muka baby Khairun. Pemalu nau dia nih!

Tapi tak per lah... mama tak kan berputus asa... aku akan gi try buat scan 3D lagi pada masa terdekat ni nanti. Tapi yang penting, doktor Masya kata baby sihat dan kedudukan baby dan uri dalam keadaan baik, insya Allah... cuma baby besar 2 minggu jer... Tak per... tu nanti aku citer lain lah yer...

Sunday, February 19, 2017

Pekena ikan bakar @ ikan bakar banjar, Selayang

Sedapnya makan ikan bakar banjar kat Selayang ni. Semakin sedap sebab orang open table. Huhuhuhu...

Kelmarin, kitorang dan adik beradik husband berkumpul di rumah adik ipar di Rawang. Fil siap bawak pulut kuning dan kari beriani ayam untuk meraikan harijadi anak-anaknya yang lahir bulan Februari ni. Doa selamat sikit...

Mak buyung semakin membesar bagai johan kat situ. Huhuhu...

Kemudian kitorang gi makan ikan bakar banjar kat Selayang. Serius sedap! Ikan bakar sedap! Sotong kham heong pun sedap!

Serius sedap. Ikan-ikan dia pun fresh!

Punyerlah sedap makan sampai aku lupa dalam kham heong tu ada udang kering. Aku allergy! Puas dah melantak!

Esoknya tu.... apa lagi... bersin tak hengat dunia lah... Huhuhu... sadis!

Rasa nak demam.... esok kiter mc lah yer...

Ooooo... back to the story... ikan bakar banjar kat Selayang ni memang sedap. Servis pun cepat! Korang gi lah cuba!

Haaaccchhhhooooooooooooooooooooo!!!

Thursday, February 16, 2017

Baby masyam ayah...

Baby kawak... Baby dah nak jadi abang besar dah!

Monday, February 13, 2017

Day 2 @ Legoland | Themepark sehari suntuk!

Day 2 @ Legoland!

Pagi ni kitorang terus check-out dari hotel. Lepas bersarapan, kitorang terus ke Legoland.

Khairuns masih lagi excited... Mama dah feeling exhausted! Huhuhu...

So, hari ni kitorang plan nak pusing-pusing kat themepark sahaja. Semalam dah puas kat waterpark.

Memandangkan hari ni hari Isnin, memang tak ramai sangat orang! So, best laaa diorang dok main sebab tak payah nak beratur panjang-panjang dan boleh naik berkali-kali!

Hari ni jugak Niesreena dan Naufal cuba laksanakan mission robotik Legoland. Alhamdulillah... berjaya diorang buat! Tengok kesungguhan dua beradik ni bekerjasama... obviously, Naufal more to technical dan Niesreena more to calculation.

Bila semua missions dah berjaya diselesaikan, barulah boleh dapat certificate of achievement. Congrats Niesreena dan Naufal!

Diorang paling excited dan tak sabar nak ambik lesen memandu ni sebenarnya. Last time, Niesreena jer boleh memandu kat driving range ni. Naufal gi kat tempat junior. Sedih jer Naufal. Kali ni, hmmmm apa lagi... tak sabar sangat nak memandu kat tempat lebih luas!

At the end, lepas kelas memandu dan ujian memandu acah-acah tu, diorang dapatlah lesen memandu. Huhuhu...

Kat technic ni, 7/8 kali diorang naik! Tak pening ke?

Ayah layankan jugaklah bila anak-anak beria-ia suruh join the ride! Huhuhu...

Nampak tak muka redhooooo enche Neezam kat situ. Huhuhu...

Tengok persembahan pentas Ninjago.

Dan movie 3d! Best!

Diorang masuk Ninjago The Ride lagi!

Seriously hari ni aku memang penat sangat berjalan. Kat tempat miniature lego tu pun kitorang tak singgah sebab tak larat! Tak per... last time dah round kat situ dan next time pun boleh gi lagi. Insya Allah...

Alhamdulillah... puas berpoya-poya kat Legoland dua hari ni. Lepas ni fokus kerja! Fokus study yer anak-anak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top