♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, January 31, 2017

Picnic @ Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Semalam tetiba jer enche Neezam ajak kitorang gi Port Dickson. Katanya, lepas subuh mesti terus gerak.

So, pagi tadi, lepas subuh, teruslah bersiap-siap. Sebenarnya, ikutkan hati macam nak sambung tidur balik jer. Tapi kuatkan semangat jugak! Siap-siap dan terus gerak.

Aku tak sediakan apa-apa pun nak picnic ni. Enche Neezam sediakan bekalan air dan kitorang tapau nasi lemak on the way.

Biasanya, kat PD kitorang lepak kat Pantai Port Dickson depan hotel Seri Malaysia. Tapi kali ni, kitorang lepak kat Pantai Cahaya Negeri pulak. Cuma lebih kurang 1.5 km jer jarak antara dua tempat ni.

Lebih kurang jam 8.30 pagi kitorang sampai kat sana.

Reena dan Naufal memang seronok sangatlah. Diorang memang pantang jumpa air.

Naufal... tak sempat nak makan lagi... dah berendam. Haiiissshhhh... hilang lapar dia!

Air kat sini, awal-awal pagi ni agak dalam jugak. Kitorang pakaikan Niesreena dan Naufal jaket keselamatan jugak walaupun masing-masing dah pandai berenang.

Happy tengok diorang main pasir dan mengenakan ayah diorang.

Masing-masing nak jadi duyung... Eh! Duyung ke dugong?

Hehehehe...

video

video

video

Yang best kat Pantai Cahaya Negeri ni sebab ada jambatan ke Pulau burung. Ingatkan banyaklah burung kat sana. Tapi tak der pulak. Mungkin burung datang ikut musim kot.

Kitorang lepak kat sini sampai lebih kurang 12.30 tengahari. Air pun dah mula surut. Matahari pun dah mula terik. Dan bebudak pun dah mula lapar.

Muka masing-masing dah hitam terbakar!

Moh laaaa kiter pulang...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top