♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, January 2, 2017

Misi pertama tahun baru

Mengecat bilik Niesreena & bilik tetamu

Dah lama sebenarnya kitorang bercita-cita nak mengecat kedua-dua bilik ni. Tapi asyik tak kesampaian jer.

Memandangkan cuti tahun baru ni cuti panjang, sebelum buka sekolah, enche Neezam bulatkan azam dan tekad untuk mengecat jugak. Kerahkan tenaga Niesreena dan Naufal. Huhuhu... Bebudak tu... seronok laaa bila diajak 'conteng' dinding.

Untuk bilik tetamu, kitorang pilih warna hijau. Insya Allah aku akan gunakan bilik ni untuk berpantang nanti, sebab bilik ni kat bawah. Lebih selesa kot. Kalau nak berpantang kat master bedroom, di tingkat atas, takut payah pulak nak turun naik. Dah lah aku nanti kena c-sec, so, kenalah kurangkan pergerakkan, terutamanya turun naik tangga.

Untuk bilik Niesreena pulak, kitorang cat warna kegemaran dia... warna ungu. Memula tu aku ingat nak cat warna pink. Ye lah... bilik budak perempuan kan biasanya sinonim dengan pink. Tapi Niesreena ni pelik sikit. Dia tak minat pink!

Dah Niesreena pilih ungu... so... kiter cat laa warna kegemaran dia tu.

Selama 2 hari ni, aku jadi mandur jer laaa... Enche Neezam tak bagi aku pegang berus cat pun. Suruh aku berehat jer. Hmmmm... aku pun memang tak larat nak tolong diorang. So, aku sediakan makanan jer lah... untuk tambah tenaga diorang... huhu...

Haa... ini budak...

Kepenatan sangat lah ni. Lepas solat maghrib, terus 'tumbang'. Huhuhu... Sian hero mama.

Dua hari, siap mengecat dua bilik! Bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam.

Haaa... giliran mama pulak nak mengemas bilik-bilik ni.

Saper nak tolong???

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top