♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, January 21, 2017

Minggu 23 | Auucchhh! My back!

Adoi!

Sejak akhir-akhir ni, mudah sangat sakit belakang.

Tidur tak nyenyak, sakit belakang.

Drive pergi balik kerja, sakit belakang.

Basuh pinggan, sakit belakang.

Berdiri lama sikit, sakit belakang.

Duduk lama sikit, pun sakit belakang.

Hmmm... ni lah mungkin faktor usia. Mengandung pada usia 37 tahun. Memang beza rasa masa mula-mula mengandung 12 tahun dulu. Berdiri dalam train lama-lama dari Nilai-KL dan KL-Nilai,  relax jer...

Sekarang ni, bukan belakang jer sakit kadang-kadang tu dengan punggung cramp sekali. Apakah? Huhuhu...

Hari tu gi klinik gak. Dah tak tahan menanggung sakit.

Doktor tak kasi makan ubat tahan sakit... of course laaa kan! Tapi doktor kata boleh sapu minyak panas atau berangin kat belakang badan dan pinggul. Tapi bukan kat bahagian perut dan kat pinggang belakang tu, means belakang perut tu. Takut effect kat baby.

Kata doktor lagi, kalau nak berurut pun boleh. Tapi kena pastikan berurut dengan orang yang betul-betul pakar. Takut yang sakit tak baik, tapi semakin teruk plak. Ish... tak berani lah urut. So, baik jangan ambik risiko.

Tahan yo lah!

Kalau korang nak tahu tips untuk mengatasi sakit pinggang ketika mengandung, bolehlah klik kat sini.

Alhamdulillah... sekarang usia baby dalam kandungan dah masuk 23 minggu. Dah aktif sangat bergerak. Kalau letak tangan kat perut, dah boleh rasa pergerakkan baby. Boleh dah rasa dia tendang-tendang. Cuma tak boleh nampak lagi benjol-benjol kat perut. Seram sebenarnya nak tunggu saat itew. Huhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top