♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, January 7, 2017

Mak, abah dan asam pedas ikan terubuk

Pagi tadi abah jumpa ikan terubuk kat pasar. Abah terus beli. Emak masak asam pedas kegemaran aku. Mak call... mak abah nak datang rumah, nak hantar asam pedas ikan terubuk kat aku...

Kata mak, hari tu aku ada kata nak makan ikan terubuk, tapi bila gi pasar tani dengan mak abah, ikan terubuk seekor kecil harganya sampai RM70, aku tak jadi ambik sebab rasa mahal sangat. Tak berbaloi! Aku letak balik ikan terubuk yang dah ditimbang. Emak nak beli jugak, tapi aku tak kasi.

Emak kata tak sampai hati tengok anak nak makan tak dapat... sebab tu bila dah dapat ikan terubuk hari ni... mak abah susah payah hantar sampai ke Nilai 😭😭😭

Emak abah banyak berkorban untuk anak-anak even anak-anak dah besar panjang. Anak nak cecah 37 tahun pun masih dimanja-manjakan lagi...

Terima kasih emak dan abah. Julie terharu sangat!

Dulu masa muda-muda, aku selalu merajuk dengan emak abah. Aku rasa, emak dan abah lebih sayangkan adik-adik dari aku. Emak lebih sayangkan adik lelaki dan abah lebih sayangkan adik bongsu. Aku? Aku rasa macam tak disayangi.

Bila aku cakap kat emak, emak tak sayang Julie, tak der saper sayang Julie, emak mesti marah, abah pun marah. Emak kata kasih sayang emak pada anak-anak semua sama jer. Abah marah sebab aku kecilkan hati emak.

Aku tahu emak kecik hati setiap kali aku cakap macam tu. Tapi aku rasa apa aku cakap tu betul. Aku tak peduli perasaan emak.

Bila dah ada anak ni, baru aku tahu, kasih sayang emak bapak pada anak-anak sama jer. Kadang-kadang jer layanan lain sikit. Ada masa lebihkan kakak, ada masa lebihkan adik. Tengok situasi macam mana. Tapi biasalah, anak sulung, selalunya diminta beralah dengan adik-adik.

Makin meniti usia ni, makin aku sedar besarnya tanggungjawab dan pengorbanan emak abah pada kitorang adik beradik. Takut bila anak-anak rasa tak disayangi dan berat sebelah. Semakin aku sedar, aku silap selama ni. Emak abah sayang kitorang adik beradik sama jer.

Nak kata apa... aku masa kecik memang nakal, memang patut kena marah! Tapi marah mak abah tu lah jadikan aku manusia.

Huhuhu...

Sedap sangat asam pedas ikan terubuk emak masak!

Julie doakan emak abah selalu dirahmati dan di bawah lindungan Allah. Dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik.

Ameen...

Julie sayang sangat kat emak abah! ❤️❤️❤️

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top