♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, January 12, 2017

Jom pecah tabung!

Masa untuk pecah tabung lagi!

Ayah kata... Niesreena dan Naufal hanya boleh pecah tabung kalau duit dah tak boleh masuk tabung. Actually dah beberapa minggu ni, setiap kali Niesreena nak simpan duit dalam tabung, dah kena tolak-tolak dengan pembaris. Tapi semalam, duit dah melantun keluar balik sebab dah penuh sangat.

So... ayah pun setuju untuk bukak tabung Niesreena.

Apa lagi... seronoklah Niesreena...

Well... on the other hand... Naufal...

Muka sedih jer... sambil study.

Sibuk nak bukak tabung jugak, tapi ayah tak kasi sebab tak penuh lagi! Baru separuh penuh!

Alhamdulillah... banyak jugak Niesreena menabung... dari awal tahun lepas, hingga semalam dapatlah RM700++. Ayah kata, lebih kurang 10% Niesreena boleh buat belanja,  RM10 untuk beli tabung baru dan yang selebihnya, masuk SSPN.

Disebabkan Naufal dah buat muka benyek macam cekodok pisang, akhirnya, ayah setuju jugak untuk bukak tabung Naufal.

Duit Naufal tak banyak sangat.

Haaa... siap intai-intai lagi dalam tabung, takut ada duit tercicir. Huhuhu...

Ok lah duit tabung Naufal. Memandangkan cuma separuh penuh, duit simpanan Naufal pun separuh dari duit kakak dia. Cuma dapat RM300++ jer. Ayah bagi Naufal RM6 jer dari hasil menabung dia, RM10 untuk tabung baru dan selebihnya masuk SSPN. Huhuhu... Alhamdulillah...

Duit-duit menabung ni tak termasuk duit raya tahun lepas. Duit raya tahun lepas dah selamat masuk ke SSPN.

Terima kasih kerana menabung yer anak-anak... Bolehlah ringankan sikit beban ayah dan mama di masa akan datang nanti. Insya Allah...

#menabunguntukmasadepan

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top