♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, October 18, 2017

Piknik @ Pantai Bagan Lalang, Sepang

Kitorang ni nama jer dok Sepang. Tapi bila nak piknik tetap gi Port Dickson sebab dah biasa kat area sana. Sebab dulu kan kitorang dok Seremban 2, so kalau piknik dekatlah kalau ke PD. Tapi dah bertahun dok kat Sepang, tetaplah piknik kat PD walaupun pantai Sepang lagi dekat. Huhuhu...

So, hari ni, enche Neezam kata, kiter tukar angin. Cari port kat Sepang plak. Alaaa... bukan susah pun, bukak jer waze. Pandailah dia bawak port mana yang biasa orang piknik.

Pagi tadi, entah pukul berapa enche Neezam bangun sediakan bihun goreng, nugget, roti, minuman dan macam-macam lagi. Siap ada ayam panggang lagi! Perfect! Aku bangun subuh tengok semua dah siap. Thank you, sayang!

Lepas solat subuh. kitorang pun terus bersiap dan bertolak ke Pantai Bagan Lalang.

Sampai kat Pantai Bagan Lalang, tengok dah banyak orang berkelah. Awal betul. Entah pukul berapa agaknya diorang ni keluar rumah. Huhuhu... Nasib baik parking banyak kosong lagi.

Cari tempat cantik sikit dan enche Neezam terus setup khemah.

Siap jer... apa lagi... breakfastlah dulu. Then terus masuk air! Naufal memang dah sabar-sabar dah. Macam biasalah dia. Tak sempat-sempat nak breakfast.

Dari pantai ni boleh nampak Avani. Bestnya kalau dapat sewa satu chalet kat sana. Boleh terjun jer dari chalet masuk air. Huhuhu... Nantilah... one fine day! Insya Allah...

Ini budak sudah penat dan lapar. Waktu bersantap dan beradu.

Cuaca agak panas hari ni. Tak tahan jugak rasanya.

Lebih kurang pukul 12.30 tengahari, bebudak pun dah kepenatan, kitorang pun terus bersiap-siap dan bertolak balik.

Oh ya... korang kalau dah sampai Bagan Lalang ni, mesti beli buah naga tau. Buah naga kat sini dah lah manis, murah plak tu. Kalau korang on the way, memang nampak banyak dusun buah naga ni. So, boleh beli fresh from the dusun!

Alhamdulillah... seronok!

Insya Allah... ada rezeki kiter datang lagi!

Saturday, October 14, 2017

Elak Pembaziran Agensi Kerajaan

Selamat berhujung minggu korang.

Artikel enche Neezam hari ni di Harian Metro sisipan minda.

Tak jumpa artikel penuh online. Kalau klik pada gambar pun kurang jelas. Jadinya... silalah dapatkan akhbar Harian Metro hari ni untuk artikel penuh yer. y(^^)y

Semoga bermanfaat!

Tuesday, October 10, 2017

Pelajar universiti perlu seimbang, holistik

Artikel enche Neezam hari ni di akhbar Berita Harian sisipan Minda.

Untuk bacaan penuh, klik pada gambar yer. Then boleh besarkan artikel tu.

Semoga bermanfaat.

Sunday, October 8, 2017

Day 2 | Misi-misi yang perlu diselesaikan hari ini!

OK! Last day kat Kuantan.

Misi hari ini ialah MESTI:-

(1) Nak dapatkan Manggo Cheesecake @ Kula Cakes
(2) Beli kepok, satar dan yang sewaktu dengannya
(3) Bukan aku yang bayar!

Huhuhu...

Lepas subuh tadi enche Neezam dah keluar jogging. My little Khairuns masih sedap beradu. Enche Neezam balik jer dari jogging, terus ajak gi turun pool.

So, lepas breakfast, bebudak ni teruslah terjun pool sebelum balik.

Dak Neeyaz... tengah sedap-sedap berendam, tetiba tutup mata... tidur!

Penat sangat kot. Senang sangat tidur. Dah tak kesah keliling dah. Dengan baju basah.

Aduhai... Neeyaz... Neeyaz...

video

Pukul 12 lebih, lepas check-out hotel, kitorang terus ke Kula Cakes. Cari manggo cheesecakes.

Perghhh... first time nak beli kek kena beratur sampai kat luar kedai. Macam nak masuk Coach kat JPO!

😅

Memang ramai orang beratur tapi lajulah service dia. Tak putus-putus orang datang!

Yey! Dah dapat manggo cheesecake @ Kula Cakes yang famous tu!

Korang kalau sampai Kuantan, mesti dapatkan manggo cheesecake kat sini tau!

Sebelum meninggalkan Kuantan, kitorang sempat beli Sata dan kerepok lekor on the way.

Dapnyer!

Lepas lunch dan solat, kitorang memulakan perjalanan balik ke Nilai.

Mission accomplished!

Manggo cheesecake @ Kula Cakes ☑️

Keropok, sata dan yang sewaktu dengannya ☑️

Bukan aku yang bayar! ☑️

Hehehehehe... alhamdulillah...

Thank you, husband!

😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top