♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, December 8, 2016

Update Naufal sunat... update dari kampung...

Pagi Isnin yang lepas, pepagi buta kitorang dah gerak balik ke Sepang. Niesreena dan Naufal masih bercuti di kampung. Sedih jugak nak tinggalkan Naufal yang masih sakit bersunat tu. Tapi nak buat macam mana... berehat kat kampung adalah yang terbaik. Kitorang percaya ayah tok dan mak tok boleh tolong jaga Naufal dengan lebih baik kat kampung. Makan minum pun terjaga.

Ayah tok pun rajin watsapp dan hantar update Naufal dan Niesreena. Ayah tok kata Naufal dah tak merengek sakit dah. Mungkin rasa sakit tu dah berkurangan. Alhamdulillah...

Semalam, abang Azli, tok mudim Naufal tu datang ke rumah. Tengok keadaan Naufal dan check 'hasil kerjanya'. Huhuhu... Katanya, semua ok. Luka pun dah semakin mengering.

Lega bila selalu dapat tahu update dari kampung. Lebih lega bila tahu Naufal dah ok dan tak menangis sebab sakit lagi. Kesian kat mak tok dan ayah tok susah payah jaga cucu dia yang lasak sorang ni.

No comments :

back to top