♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, December 23, 2016

Minggu 19 | Maternity wear

Minggu ni usia kandungan dah masuk minggu ke 19.

Syukur alhamdulillah...

Semalam gi checkup kat KK, nurse kata semuanya normal. Kandungan hb normal, gula normal, berat badan pun naik normal. Naik 2 kg dari berat memula pregnant dulu.

Perut dah semakin membesar. Lebih-lebih lagi sejak beberapa minggu ni. Lagi cepat membesar.

Baju kurung dah sendat. Kain dah tak boleh nak cangkuk. Malu nak pakai baju kurung. Tak elok betul ghopernyer.... Sendat!

Huhuhu...

Memula hari tu, bila dah rasa tak sesuai pakai baju kurung, aku dok pakai jubah jer lah pergi kerja. Tapi jubah pun ada beberapa helai jer.

So, minggu ni keluar memborong pakaian yang sesuai. Aku kalau boleh tak nak baju khas untuk maternity. Kalau boleh biar baju yang dibeli tu sesuai jugak pakai lepas bersalin nanti. Kalau seluar memang tak boleh tak cari seluar maternity. Kena cari yang adjustable waist.

Cari punyer cari dapatlah beberapa helai seluar maternity yang sesuai untuk aku pakai pergi kerja.

Actually, beberapa minggu lepas aku dah beli sepasang seluar maternity kat Aeon. Tapi aku tak galakkan korang beli seluar maternity warna hitam jenama Scarlet kat sana. Sebab lepas basuh, seluar tu jadi bercapuk-capuk warna putih. Memula tu, ingatkan sebab kesan sabun. Bila basuh balik dengan lebih teliti, kesan putih tu tetap ada. Haaaiiiissshhh... tension jer rasanya... Harga sepasang bukannya murah.

Tapi yang warna coklat ok jer. Tak der kesan capuk pun. Mungkin material kain dia jenis lain kot.

Seluar yang lain, aku beli kat kedai maternity kat Nilai jer. Harga seluar boleh tahan mahal gak laaaa. Tapi nak wat cam ner, nak pakai, beli jugaklah...

Aku borong blouse jugak. Blouse ni bukannya blouse maternity, tapi blouse biasa. Harap-harap muatlah pakai sampai cecah 9 bulan nanti. Baju-baju ni pun dapat beli murah jer. Tiga helai RM100. Ok lah kan...

Ehem... selain baju-baju dan seluar mengandung, ibu-ibu mengandung kena tukar yang dalam-dalam jugak tau... sebab bukan perut jer membesar. Ada bahagian lain yang turut membesar jugak! Eheeemmm...

y(^-^)y

Dalam minggu ke 19 ni aku tunggu pergerakkan aktif baby. Buat masa ni ada rasa sikit-sikit jer dari dalam. Sehari ada laa terasa sekali baby gerak.

Minggu 19 kehamilan:-

"Anda sudah berada di pertengahan jalan! Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter seminggu. Ukuran fetus sekitar 15sm panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 240g.
Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh.
Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta.
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit."

Sumber : www.babycenter.com.my

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top