♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, December 18, 2016

Minggu 18 | Mengidam...

Alhamdulillah... minggu ni dah masuk minggu ke 18 mengandung.

Sebenarnya dah beberapa minggu teringin nak makan sambal tempoyak. Tapi bukan sambal tempoyak sebarangan. Aku nak makan sambal tempoyak version yang emak selalu buat. Aku tak suka sambal tempoyak yang dah siap dijual kat restoran-restoran tu, kurang sedap! Nak macam emak buat jugak!

Bahan-bahan semua dah ada kat rumah. Tapi tak terbuat jer. Maklumlah... aku pun, sejak little Khairuns tak der kat rumah, memang aku tak memasak langsung.

So, memandangkan hujung minggu lepas kitorang bercadang balik ke rumah emak, aku bawaklah semua bahan-bahan dan mintak emak buatkan.

Tengah malam hari Jumaat tu baru sampai. Emak pun dah tidur. Mamai-mamai jer sambut kitorang balik. Aku cakap kat emak, aku teringin nak makan sambal tempoyak emak.

Esok pagi, aku bangun sembahyang subuh, tengok... sambal tempoyak dah terhidang atas meja!

Oooooooooo... sayaaaaaang sangat kat emak!!! 💖💖💖

Siap ada roti gardenia. Emak kata makan dengan roti dulu. Sebab pagi ni enche Neezam nak gi sarapan nasi dagang. Kang hidang nasi, takut terkenyang pulak. Meleleh air liur tengok sambal tempoyak sedap. Huhuhu...

Ya Allah! Sedap giler sambal tempoyak emak!

Terima kasih emak! Lepas dah mengidam.

Semalam, emak sempat rebus ubi kayu. Makan dengan sambal tempoyak emak. Subhanallah! Sedapnya!

~~(^-^)~~

Throwback sikit...

Dulu masa mengandungkan Niesreena, aku mengidam nak makan lala. Cari-cari lala, susah plak nak jumpa. Akhirnya emak jumpa jugak lala kat Jusco Wangsa Maju. Tapi kecik-kecik dan tak fresh sangat. Emak masak macam biasa, macam yang aku suka. Tapi rasa tak puas sebab lala tak fresh.

Pastu Enche Neezam siap bawak aku gi Serkam, Melaka. Makan lala kat sana. Lala fresh! Tapi rasa tak puas hati jugak. Sebab diorang masak tak sama macam yang aku suka. Hahahhaa... macam-macam!

Aku suka yang macam emak masak jugak!

Resepi lala goreng meletup di sini.

Pastu teringin nak makan martabak Singapore. Enche Neezam sanggup bawak aku ke JB demi mencapaikan hajat mak buyong. Maklumlah... masa tu mengandungkan anak pertama. Sanggup jer lah kan... Huhuhu...

Masa mengandungkan Naufal, kat Melbourne. Tak ingat dah mengidamkan apa masa tu, tapi memang teringin nak makan makanan kat Malaysia. Nak buat sendiri tak pandai. So, tak dapatlah makan hinggalah bersalinkan Naufal. Sedih betul.

Tapi... korang pernah dengar tak... kalau ibu mengandung mengidam, pastu tak dapat makan apa yang diidamkan tu, nanti baby air liur meleleh. Haa... pernah dengar tak?

Hahahha... jangan tak percaya... air liur Naufal memang meleleh jer. Setiap masa nak kena pakai bib. Seingat aku air liur dia meleleh sampai 2 tahun lebih. Sian aku tengok. Nasib baiklah baby comel. Hehehe...

Apapun alhamdulillah... bersyukur sangat sebab tak der lah mengidam benda yang bukan-bukan. Setakat ni tak der lah teringin nak makan sabun ke, besi ke kan... huhuhu...

Para suami tu, kalau isteri mengandung mintak nak makan apa-apa tu, cubalah carikan. Sian tau isteri mengandung... Lagipun bukan mama dia yang nak makan, baby yang nak makan... Eh! Ye ke?

"Panjang bayi anda sekarang sekitar 14.2sm dari hujung kepala ke punggung dan berat sekitar 190g. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.
Imbasan ultrabunyi semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat.
Semasa imbasan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkok dan meluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda dapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.
Jika bayi anda perempuan, faraj, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika dia lelaki, alat kelaminnya sudah jelas dan boleh dicam."

Sumber : babycenter.com.my

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top