♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, December 28, 2016

Jalan-jalan cari seafood @ Serkam

Terbaik!

Malam semalam, lepas mandi sakan, berenang sakan, main sakan, semua orang kelaparan. Alhamdulillah... nasib baik lah ada bawak sedikit bekal roti. Dapatlah buat alas perut sebelum keluar makan.

Malam tu kitorang memang plan nak makan special sikit. Makan seafood!

Dalam pukul 10 lebih baru kitorang kitorang terus gerak ke Serkam. Tempat makan ni memang favorite kitorang kalau nak makan seafood fresh. Masakan diorang pun sedap. Jarak dari Bayou Lagoon ke medan selera Serkam ni lebih kurang setengah jam sahaja.

Bila sampai kat sana, dan pukul 10 lebih, ramai orang dah habis makan dan nak balik. So, memang kosonglah tempat makan ni. Ada beberapa orang pelanggan jer. Best jugak. Cepat jer makanan sampai. Nyum nyum...

Tempat makan ni tepi sungai. Banyaklah bot-bot nelayan kecil yang parking kat tepi nu...

Kat sini, kiter boleh pilih seafood apa yang kitorang nak. Walaupun dah agak lewat malam, masih banyak lagi makanan laut yang segar-segar.

Dan setiap makanan laut tu, kiter boleh mintak masakkan menu yang kiter nak.

Agak banyak jugaklah yang kitorang order malam tadi. Memasing memang tengah lapar.

Alhamdulilllah... syukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Harga makan kat sini, kitorang boleh kata berpatutan. Untuk malam ni, harganya cuma RM120 jer. Ada kerapu, ketam, udang, sotong, pepahat, nasi dan air buah. Masakan diorang pun sedap!

Terbaik!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top