♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, December 2, 2016

Company appreciation dinner @ Vista Brasserie by Chef Zubir

Annual appreciation dinner company kali ni aku rasa sangat teruja dan special sangat sebab aku adalah dikalangan committee. So, kitorang pastinya nak buat yang terbaik.

First even untuk committee baru ni ialah appreciation dinner. Pening jugak nak cari restauran dan lokasi yang sesuai memandangkan budget untuk tahun ni cuma ada beberapa ribu hengget jer.

Cari punyer cari, akhirnya kitorang decide untuk buat kat Vista Brasserie by Chef Zubir kat Seksyen 14, Shah Alam.

Kagum bila tengok meja dan decoration yang dah disiapkan oleh pekerja diorang. Memang cantik. More than what we expect. Mengikut tema kitorang - black and white.

Dan makanan yang ada pun sedap-sedap. Sangat sedap! Sampai tak sempat nak ambil gambar makanan sebab terlalu menikmati. Huhuhu... Kitorang ambik pakej buffet yang datang sekali dengan pakej Brazilians Barbeque Churrasco. Maksudnya untuk daging-daging barbeque, pekerja restoran akan datang ke setiap meja dan potong daging ke pinggan kiter. Adoooiii... masa menaip ni pun terbayang-bayang kesedapan makanan malam semalam tu. Banyak jenis plak tu. Ada beef, lamb, ayam dan beberapa jenis barbeque lagi. Memang puas makan dan berbaloi-baloi sangat!

Boss pun suka. Kitorang pun happy!

Seperti biasa, bila dinner macam ni, kitorang ada buat acara exchange gift diantara kengkawan. So, semua wajib bawak hadiah dan bertukar-tukar hadiah sesama kitorang.

Hadiah aku, dapat kat Wan.

Dan aku dapat hadiah daripada kak Rina. Suka sangat!

Games pun ada!

Kitorang jugak ambil kesempatan untuk menyambut birthday kengkawan yang lahir pada bulan Sep, Oct dan Nov, termasuklah birthday boss sekali.

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar. Yang pastinya makanan memang sedap giler dan berbaloi sangat dengan harga RM61.90++ per pax. Pekerja kat sini semuanya peramah termasuklah Chef Zubir dan isteri beliau.

Well done to all the committees yang beberapa kerat ni. Aku rasa majlis malam tadi telah berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah...

Ok... last! Belanja gambar mak buyung sekeping!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top