♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, December 29, 2016

Busy! Sekolah nak bukak dah!

Hari ni aku masih bercuti. Macam-macam kerja nak buat memandangkan sekolah akan dibuka tak lama jer lagi. Baju pun berlambak nak basuh. Maklumlah... baru balik dari bercuti semalam dan setelah beberapa hari sebelum tu balik bercuti di rumah mertua.

Enche Neezam dah mula bekerja. Hari ni dia pun nak kena jaga final exam.

Selamat bekerja lah yer...

Alhamdulillah... lepas tengahari, semua kerja settle!

Plus... bawak Naufal gunting rambut. Suruh pergi dengan ayah tak nak... sebab...

Naufal : Mama, lepas ni kita pergi gunting rambut kat kedai mamak sebelah ni mama.
Mama : Banyak benda lain nak buat lah. Kan ayah kata nanti ayah bawak Naufal gi gunting..
Naufal : Alaaaaa... Naufal tak nak pergi dengan ayah. Ayah suruh botak nampak kulit. Nanti tak hensem... Jom laaa mama... Pleaseeeee...

Adoiiii... tulah ayah... gurau lagi benda botak2 ni. Dah dia ingat nak kena botak betul-betul!

(--")

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top