♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, December 4, 2016

Akhirnya... Naufal dah bujang...

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Naufal nak bersunat!

Mama yang nervous... huhuhu...

Ayah tok dah setkan appointment dengan 'tok mudim moden' untuk Naufal beberapa minggu yang lepas. Selepas mendapat persetujuan Naufal, kitorang pun proceed.

Terkejut jugak bila Naufal dah bersedia untuk bersunat. Sebab sebelum ni dia memang tak nak sokmo.

Sebelum Naufal bersunat, ayah dia dan ayah tok dah cerita serba sedikit dan kebaikan bersunat ni. So, Naufal pun macam dah bersedia. Dan dia tahu, waktu bersunat akan terasa sakit sikit. Sikiiiittt jer...

Beberapa hari sebelum hari bersunat, tok mudim moden iaitu abang Azli dan kawannya datang tengok Naufal dulu. Tengok dulu 'tut' dia untuk pastikan semuanya normal.

Yang kelakarnya, abang Azli cakap kat Naufal, "nanti pakcik bagi ubat bius. Waktu bius tu sakit sikit. Lepas tu nanti tak lah rasa sakit." Tapi Naufal boleh kata "tak per lah... pakcik bagi saya ubat tidur jer lah... lagi bagus..." Habis tergelak besar semua orang. Haiiiyaaaa... manalah Naufal dapat idea ubat tidur tu???

Tiba hari yang dijanjikan, Naufal masih relax lagi. Dah bersedia dengan kain pelekat yang bakal dipakainya.

Abang Azli dan kawannya tiba kat rumah tepat jam 9 malam. Naufal yang memulanya dah bersedia, pergi salam kat kedua-dua tok mudim tu dan tetiba...

menangis!

Alamak! Naufal dah mula takutlah tu.

Enche Neezam suruh Naufal solat isyak dulu dan banyak-banyak berdoa. Sambil ambik sembahyang pun dah nangis-nangis. Waktu solat pun tersedu sedan. Alhamdulillah... mak tok tolong tenteramkan Naufal. Barulah reda sikit nangis ketika solat.

Lepas solat, Naufal sambung menangis lagi.

Alahai... mama pun rasa nak ikut nangis. Puaslah nasihatkan dan cakap macam-macam dengan Naufal. Tapi Naufal macam tak nak berhenti menangis plak.

Sebelum Naufal masuk ke dalam bilik untuk operasi bersunat, aku sempat peluk dan cium Naufal dulu. Aku tak berani nak masuk, takut tak sampai hati nak tengok. Hanya kaum lelaki jer yang temani Naufal dalam bilik.

Umpan Naufal dengan tab.

Dari luar bilik, aku dengar senyap jer dalam 10 minit. Lepas tu..... haiiissshhhh... aku dengar Naufal menjerit.

Kat dalam bilik, inilah yang terjadi...

video

Allahu akhbar! Sedihnya aku dengar...

Alhamdulillah... nasib baiklah aku tak masuk. Aku pun tak berani dan takkan sampai hati nak tengok Naufal kesakitan macam tu.

Dalam lebih kurang 5 minit, aku dengar Naufal dah senyap. Tak der dengar bunyi jeritan atau tangisan lagi. Mungkin kesan bius dah mula terasa.

Lama jugak diorang kat dalam bilik tu. Aku dan mak tok kat luar bilik rasa macam tak sabar nak tau apa jadi kat dalam bilik.

Lepas lebih kurang 45 minit, bilik dibuka. Tengok Naufal dah tersenyum baring atas katil.

Alhamdulillah... semuanya dah selamat.

Tok mudim pun dah terangkan kat kitorang cara penjagaan budak bersunat ni. Apa yang perlu dipantangkan, apa yang boleh makan dan tak boleh.

Malam tadi, aku dan enche Neezam jaga Naufal. Dua kali jugak Naufal terbangun dan menangis sebab terasa sakit. Mungkin sebab kesan ubat bius dah habis. Enche Neezam bagi ubat yang dah disediakan oleh tok mudim dan Naufal sambung tidur balik.

Alhamdulillah... pagi tadi Naufal bangun dengan ceria seperti biasa. Tak der rasa sakit katanya.

Alhamdulillah... settle dah semuanya. Akhirnya Naufal dah selamat bersunat.

Bujang dah anak mama!


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top